Friday, November 6, 2009

Tenung sungguh-sungguh, belek baik-baik muka mamat kat bawah nie..perjalanan Al-Kisah baru bermula..pasti!


Tengok senyuman dia, menyeringai terserlah gigi kuningnya..nampak hensem, nampak bijak sana berkaca-mata, rambut hitam bersulam uban putih sesungguhnya menampakkan kematangan dalam segala hal...namun sebenarnye hampeh mat amin sungguh! Dia punya pasai satu kerajaan runtuh! Amacam pembodek-pembodek ta'kala di usai kemenangan mamat nie dulu..? Habis dikepong atas bawah..yang tak dak kena mengena dengan perjuangan diusung ke sana ke mari atas alasan..maybe.. nampak bergaya kononnya ada IQ, ada "cable"..?!atau senang nak wayang bila perut dah kenyang, kan PAKATAN dok memerintah dan si mamat nie exco la plak ,apa lagi semua dok terpa cari projek terpijak..Bangunan SUK Perak jadi bagai nak ghak @ rak! , yang dulu yang hanya bertukang kayu, kini dah pandai sembang pasai balak!..yang melalak berpeluh dicelah kelangkang ketiak hanya penting di mata semasa berjuang..bila beri pandangan uhh!! dikatakan nak belaian belas kasihan, sabotaj, dengki nak jawatan dan pelbagai ntah apa-apa lagi!


Sekarang amacam brader?! maki?sumpah-seranah? dah tak guna..Apapun si mamat si katak lompat ni aku tabik springg!! kerana dah mencatatkan sejarah dalam lanskap politik malaysia..sampai cucu, cicit, piut dan ntah berapa keturunan akan dikenang..mai pesan kat najib agar dibukukan kisah si mamat and the Geng agar menjadi rujukan penting silibus sejarah tanah-air.


Namun perlu diingat kepada si mamat nie..pengundi Changkat Jering tak mudah lupa dengan "lawak" yang telah dibuat oleh beliau. Pengundi Changkat Jering bukannya Melayu Mudah Lupa...Mulai Tahun ini, Bulan ini, Hari ini, Jam ini, Minit ini, saat ini..jeng!jeng!jeng!-atokengko

1 comment: