Tuesday, August 31, 2010

DEBAT 4 PENJURU - CALON KETUA AMK NASIONAL SESI 2010-2013

Angkatan Muda Keadilan(AMK) Parti KeADILan Rakyat bakal membuka lembaran baru sejarah politik tanahair. Jom bersama menjadi sebahagian dari sejarah ini...



Maklumat lanjut klik UREKA

Monday, August 16, 2010

SAH NAJIB KINI KESEORANGAN...

Ini dia statement atau tanda-tanda KERAJAAN ANAK-BERANAK sedang menjelma..!!



BANG BRAHIM MANE??AMUK LER...MAHADET MESTI KASI LINE..
PAMUDI UMNO MANE??ISHH..BIOR LER..KAN MAHADET AKU BENGKEK!
CILAKAK NAJIB! KATA MAHADET!
INI SUDAH JADI KES MENARIKK!!
KES ANAK BUAH NAK POTONG CILOK BAKAL BERULANG..!!
NAJIB!NAJIB..!Kah kah kah!

Friday, August 6, 2010

Kabinet Najib Rombak Lagi, Senatak Al Kotaki Jadi Menteri?





Desas-desus tetiba bertebaran mengatakan bahawa perubahan kabinet akan berlaku lagi? Menteri mana yg akan digugurkan dan siapa pula yang akan dilantik akan oleh Najib? Namun yang paling penting apa perubahan yang mahu dan mampu di buat? Siapa yang patut digugurkan menjadi persoalan. Siapa yang tak buat keje huh....??? Kasi Feningng gua punya kapala..aku balik cuti siap korang..!!

Antara Menteri Utama dalam Senarai Gugur..



1. Mustafa Muhammad-sbb tak macam kak Pidah. FDI makin mencanak jatuh. Najib bengkek kerana polisi liberal & pembaharuan(kononnya) gagal difahami oleh Pak Tapa. Anak Madey plak biasa ler..ikut pak dia..nak sabotaj ler tu.



2. Shahrizat-nampak sangat ketara akhir-akhir ini kerana Bini Najib dah "take over" peranan beliau. Ini semua pasal kes PERMATA ler..



3. Hishamudin-jenayah meningkat sejak di bawah kendalian beliau. Depoh pun boleh bolos tak sampai dalam sebulan. Sini bocor, sana bocor, adik beradik tak adik beradik..sekali lu kasi gua feningg..boleh jalan!


Post timbalan lagi ler ramai kabornye.



Mat Ezam al Kotak akan menyelinap ikut celah...jengg!jeng!jeng!




Kah!KAH!Kah! apa la korang nie kasi feningg bini najib..kesian ler..


Berapa kali ler mau rombak nie..keja tak jalan..rombak!rombak!rombak! Kah!kah!kah!


Sheikh Najib tak pasti wal al rombakiii...Kah!kah!kah!

Monday, August 2, 2010

Lariiii..!!




Apa tengokk..?? Tarak Percaya ka??




Tahanan lari: KP imigresen akur jika ditukar

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden membabitkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad.

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara.

"Nasib saya... kalau sebagaimana kata Menteri (Dalam Negeri). Kalau sesuatu tidak dilakukan maka ketua pengarah perlu ditukarkan. Saya terima hakikat itu.

"Maknanya, saya tidak berperanan atau saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik yang diharapkan oleh menteri dan kerajaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, semua tahanan berusia 25 hingga 40 tahun itu, disyaki memotong jeriji dua pintu halangan sebelum menyusup keluar.

Sebelum ini, pada 27 April lepas, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.

Hishammuddin, hari ini memberi kata dua kepada Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mahmood Adam dan Abdul Rahman berhubung insiden berkenaan.

Beliau mahu Mahmood dan Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas ketika kejadian itu selain memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan di depot berkenaan.

Abdul Rahman berkata pada masa ini, 20 pegawai dan anggota jabatan berkenaan yang bertugas di depoh tersebut ketika kejadian itu berlaku, telah digantung tugas.

Pada masa sama, beliau meminta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu supaya mengambil kira semua faktor termasuk kedudukan depoh berkenaan serta mereka yang ditahan di situ.

Beliau berkata warga Afghanistan terbabit telah ditahan pada Disember tahun lepas di Kuala Selangor sebelum diserahkan ke depoh berkenaan pada 18 Februari lepas.

- Bernama

KAH! KAH! KAH! KAH! Oh Malaysia Tanah Air ku...