Wednesday, March 10, 2010

Allo! Allo! AMK wake-up!

Atok tak mau ulas banyak hal blog Angkatan Muda Keadilan(AMK)., naik melugai dah kata orang utara..pembaca boleh lihat dan faham sendiri...

Rujuk http://www.angkatanmuda.org . Sudah makan berbulan MAMPOSS sejak posting terakhir bertajuk, "ADUN PR bantah program BTN" bertarikh 20 November 2009. AMENDEE..!!


Betul-betul macam menatang kat bawah nie..



Wahai Kepala AMK Malaysia..atok lihat kamu nie syok sendiri.., gagasan politik AMK ? pun yiilekk!!yang atok lihat, mana ada DSAI di situ ada kamu..tak mahu ketinggalan nak berkepit. Kamu kata AMK wadah dan harapan anak muda alaf baru tetapi pendekatan "tools" kamu macam alaf lama@zaman 60 an. Kalau melihat senario ini bermakna kamu gagal untuk memahami anak-anak muda..yang rata-rata punyai upaya menerobos ruang maya. Manfaatkanlah ruang maya nie datok! Kamu nie pemimpin sebuah organisasi politik yang perkembangannya sentiasa diikuti rakyat..bukannya ketua organisasi sebuah kilang kicap! Jangan kasi malu PKR Brader!!

Atok tegur kerana orang lain tak tegur dan juga kerana atok dah tegur salah seorang AMK yang ada akses ke pusat lama dulu..tapi tak de mende yang berubah! Sayang seribu kali sayang jika hal-hal sebegini terlepas pandang..alamat berdondang sayang ler kamu wahai Kepala AMK oii!

Jangan marah atok kerana atok orang kampong tak macam kamu cerdik pandai. Kamu diamanahkan untuk memimpin, justeru pimpinlah ke arah kejayaan. Jika tak mampu..."anak cina makan pengat, sendiri mau ingat!"

Lu Pikir Ler Sendiri!!


Monday, March 8, 2010

MCA Masuk Celah..Mane Bang Brahim Ali?!!

Antara 5 resolusi MCA pada AGM mereka baru-baru ini..

MCA meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).






Bang Brahim buat ape..?Bang Brahim tido ker?

Aku tido ler ..tak masyukk..

Mana boleh Bang Brahim..ini pasai hal ehwal Islam, maruah orang Melayu..kan Bang Brahim cukup sensitif berkaitan hal-hal begini?Ekk ala..macam bang brahim buat gempak baru-baru nie..lagi pun kan bang brahim buat MPM dengan 76 NGO Melayu Islam di bawahnye khusus untuk menjuarai isu-isu yang melibatkan kepentingan Melayu Islam..?

Memang ler.. tapi tak masyukkk lagi...

Mende ape yang tak masyukkk lagi nie Bang Brahim oi?

Fulus ler!Fulus!

O..Fulus yer..! Engko nie Bang Brahim..dah ler muka pecah rumah, perangai pulak hodoh! nah ambik nie!

PANG!!





Saturday, March 6, 2010

Cakap, Bikin Tak Serupa!







Satu keluhan dari seorang penduduk Changkat Jering berkaitan UMNO menyalah-gunakan institusi Surau sebagai gelanggang politik dan propaganda mereka. Menurut penduduk terbabit sejak akhir-akhir ini mereka makin ligat!


ATOK nak cakap..dah lama dah..!! Bukan surau aje..Masjid, media, agensi kerajaan, dan macam-macam lagi..Hebatnya puak-puak nie bukan saje bende-bende di atas boleh dieksplotasikan malah orang kampung pun depa boleh jual!!

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!