Tuesday, August 31, 2010

DEBAT 4 PENJURU - CALON KETUA AMK NASIONAL SESI 2010-2013

Angkatan Muda Keadilan(AMK) Parti KeADILan Rakyat bakal membuka lembaran baru sejarah politik tanahair. Jom bersama menjadi sebahagian dari sejarah ini...



Maklumat lanjut klik UREKA

Monday, August 16, 2010

SAH NAJIB KINI KESEORANGAN...

Ini dia statement atau tanda-tanda KERAJAAN ANAK-BERANAK sedang menjelma..!!



BANG BRAHIM MANE??AMUK LER...MAHADET MESTI KASI LINE..
PAMUDI UMNO MANE??ISHH..BIOR LER..KAN MAHADET AKU BENGKEK!
CILAKAK NAJIB! KATA MAHADET!
INI SUDAH JADI KES MENARIKK!!
KES ANAK BUAH NAK POTONG CILOK BAKAL BERULANG..!!
NAJIB!NAJIB..!Kah kah kah!

Friday, August 6, 2010

Kabinet Najib Rombak Lagi, Senatak Al Kotaki Jadi Menteri?





Desas-desus tetiba bertebaran mengatakan bahawa perubahan kabinet akan berlaku lagi? Menteri mana yg akan digugurkan dan siapa pula yang akan dilantik akan oleh Najib? Namun yang paling penting apa perubahan yang mahu dan mampu di buat? Siapa yang patut digugurkan menjadi persoalan. Siapa yang tak buat keje huh....??? Kasi Feningng gua punya kapala..aku balik cuti siap korang..!!

Antara Menteri Utama dalam Senarai Gugur..



1. Mustafa Muhammad-sbb tak macam kak Pidah. FDI makin mencanak jatuh. Najib bengkek kerana polisi liberal & pembaharuan(kononnya) gagal difahami oleh Pak Tapa. Anak Madey plak biasa ler..ikut pak dia..nak sabotaj ler tu.



2. Shahrizat-nampak sangat ketara akhir-akhir ini kerana Bini Najib dah "take over" peranan beliau. Ini semua pasal kes PERMATA ler..



3. Hishamudin-jenayah meningkat sejak di bawah kendalian beliau. Depoh pun boleh bolos tak sampai dalam sebulan. Sini bocor, sana bocor, adik beradik tak adik beradik..sekali lu kasi gua feningg..boleh jalan!


Post timbalan lagi ler ramai kabornye.



Mat Ezam al Kotak akan menyelinap ikut celah...jengg!jeng!jeng!




Kah!KAH!Kah! apa la korang nie kasi feningg bini najib..kesian ler..


Berapa kali ler mau rombak nie..keja tak jalan..rombak!rombak!rombak! Kah!kah!kah!


Sheikh Najib tak pasti wal al rombakiii...Kah!kah!kah!

Monday, August 2, 2010

Lariiii..!!




Apa tengokk..?? Tarak Percaya ka??




Tahanan lari: KP imigresen akur jika ditukar

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman akur jika beliau ditukarkan berikutan insiden membabitkan 20 tahanan warga Afghanistan melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Ahad.

Beliau berkata teguran yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berhubung perkara itu adalah berasas kerana insiden itu membabitkan maruah negara.

"Nasib saya... kalau sebagaimana kata Menteri (Dalam Negeri). Kalau sesuatu tidak dilakukan maka ketua pengarah perlu ditukarkan. Saya terima hakikat itu.

"Maknanya, saya tidak berperanan atau saya tidak dapat menjalankan tugas dengan baik yang diharapkan oleh menteri dan kerajaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Tanpa Izin, yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 3 pagi semalam, semua tahanan berusia 25 hingga 40 tahun itu, disyaki memotong jeriji dua pintu halangan sebelum menyusup keluar.

Sebelum ini, pada 27 April lepas, 12 warga Afghanistan dan empat warga Myanmar berusia 22 hingga 48 tahun menyusup keluar melalui ruang jeriji yang dipotong sebelum melarikan diri dengan memanjat pagar pusat tahanan sama.

Hishammuddin, hari ini memberi kata dua kepada Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Mahmood Adam dan Abdul Rahman berhubung insiden berkenaan.

Beliau mahu Mahmood dan Abdul Rahman mengambil tindakan terhadap pegawai yang bertugas ketika kejadian itu selain memastikan sistem pemantauan dan penguatkuasaan dilaksanakan dengan berkesan di depot berkenaan.

Abdul Rahman berkata pada masa ini, 20 pegawai dan anggota jabatan berkenaan yang bertugas di depoh tersebut ketika kejadian itu berlaku, telah digantung tugas.

Pada masa sama, beliau meminta sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi menyiasat kejadian itu supaya mengambil kira semua faktor termasuk kedudukan depoh berkenaan serta mereka yang ditahan di situ.

Beliau berkata warga Afghanistan terbabit telah ditahan pada Disember tahun lepas di Kuala Selangor sebelum diserahkan ke depoh berkenaan pada 18 Februari lepas.

- Bernama

KAH! KAH! KAH! KAH! Oh Malaysia Tanah Air ku...

Monday, July 26, 2010

HAMDAN di PERAK & EZAM di SELANGOR.







PRASANGKA LOYALIST UMNO MENJADI KENYATAAN.."EZAM KOTAK" & "ABANG YANG SUSUN"ANTARA EX PKR DALANG GERAKAN TERANCANG MEROSAKKAN UMNO DARI DALAM?

Atok dah lama dengar sok sek, sok sek "ahli-ahli UMNO setia" di peringkat bahagian yang tidak senang dengan kelibat Ex-PKR mencatur perjalanan dan hal ehwal politik MB DS ZAMBRY di PERAK. Mereka hairan kenapa MB Zambry "cukup senang" dengan EX PKR ini? Seorang ahli di bahagian berseloroh..,"Kami yang tak pernah khianat pada parti dipinggirkan..agak-agaknya kami nie kena khianat@ keluar parti, kemudian masuk balik, baru lah dapat layanan sebegitu!"

Itu komen sok-sek yang dah lama kedengaran berlegar di kalangan ahli peringkat bahagian. Sok sek sok sek ini lebih "kencang" semenjak selepas PRK Bukit Gantang yang lalu. Dalam dok fokus isu ini di Perak timbul pulak hal yang sedemikan sama di Selangor. Jika meneliti sumber ini di dapati semacam ada gerakan untuk "lebih memburukkan" imej UMNO dikalangan rakyat dan "melemahkan perpaduan" kalangan ahli UMNO itu sendiri. Bagaimana di Selangor Ezam muncul mengenepikan 2 ayam tambatan mereka selama ini iaitu DS Khir Toyo dan Noh Omar. ANDA AHLI UMNO APA PANDANGAN?

Baca sumber ini..

July 26, 2010JULY 26 — Anda dipilih untuk mengetuai pasukan dan agenda mengembalikan Selangor dan dalam ceramah terbaharu anda di Pelabuhan Klang anda sendiri mengelar diri sendiri sebagai bekas Jeneral Anwar Ibrahim. Maknanya anda bukan calang – calang orangnya dan orang yang sangat berpengaruh dalam Parti Keadilan Rakyat suatu ketika dahulu.

Setahu saya semasa anda berkuasa sebagai Jeneral dalam Parti Keadilan Rakyat anda pernah berdepan dengan 2 pilihan raya umum dan Selangor gagal dirampas dua kali semasa anda merupakan seorang Jeneral perang seperti yang diistihar oleh anda sendiri. Selangor hanya berjaya dirampas oleh Parti Keadilan Rakyat ketika anda keluar daripada Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2007.

Anda kuat menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai agen Yahudi namun pada masa yang sama anda pernah berjuang untuk Anwar yang dikatakan sebagai agen Yahudi selama 10 tahun. Jika benar sekalipun tuduhan kamu maka anda sendiri sudah bersetuju anda pernah mempertahankan seorang agen Yahudi selama satu dekad. Apatah lagi kata anda sendiri bahawa anda pernah menjadi Jeneralnya. Anda sebenarnya bersuhabat dalam perjuangan Yahudi.

Rakyat Malaysia mula pelik dengan cara politik baharu yang cuba dibawa anda ke dunia politik. Sering kali setelah anda meninggalkan Parti Keadilan Rakyat anda sudah mula dengan politik sumpah. Sama ada kamu sendiri bersumpah atas banyak kenyataan politik anda dalam banyak ceramah politik seolah –olah anda tahu rakyat sudah hilang kepercayaan kepada anda atau seolah – olah anda rasa Umno masih ragu – ragu akan keikhlasan kamu disamping mencabar orang tertentu untuk bersumpah atas ini dan itu.

Jangan sesekali timbulkan politik sumpah di Malaysia kerana jika asyik sahaja guna nama sumpah nanti sumpah itu sudah tidak akan menjadi laku. Saya masih ingat seorang Jeneral tersohor juga pernah bersumpah tidak akan meninggalkan perjuangan PKR. Nasihat saya jangan sesekali libatkan Tuhan dan Agama dalam politik. Jika blog anda pada May 28 bertajuk Anwar dan Wan Azizah jangan heret orang lain artikel ini pula menuntut Ezam jangan heret Tuhan dan Agama dalam politik.

Strategi anda mengembalikan Selangor juga hanya sekadar bayangan dan cerminan anda sendiri. Program di Shah Alam anda membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat. Satu soalan ringkas dan mudah. Bagaimana pula dengan ceramah Ezam semasa menjadi orang kuat Anwar dan selepas keluar daripada PKR ?

Penegasan anda berkali – kali mengatakan masuk Umno bukan kerana wang yang menjadi tanda Tanya orang ramai. Hal ini disebabkan siapa yang pernah mengatakan anda masuk Umno kerana wang ? Seolah – olah dalam minda anda sendiri yang berkonflik dengan anda sendiri. Minda anda sendiri yang kata anda masuk Umno kerana wang dan diri kamu pula terus menjawab anda masuk bukan kerana wang.

Percanggahan anda pula seteruk – teruknya insan bergelar Dato Seri Anwar Ibrahim dan pada masa yang sama pula sehebat – hebatnya bagaimana anda pernah mempertahankan , berjuang dan menyelamatkan Dato Seri Anwar Ibrahim. Seolah – olah andalah punca kepada pembebasan seorang politikus yang teruk di Malaysia? Dalam situasi ini kita hendak salahkan Anwar atau Ezam Mohd Noor ?

Saya mula mempersoalkan kredibiliti dan strategi anda dalam merampas Selangor kembali. Segala strategi anda menjurus kepada menjejaskan kredibiliti Anwar seolah – olah seluruh rakyat Selangor mengundi Pakatan Rakyat adalah disebabkan faktor Dato Seri Anwar Ibrahim semata – mata.

Dalam politik ‘good or bad news is still a good publisiti in different way’. Anda hanya membuatkan masyarakat tidak dapat melupakan Anwar dan populariti Anwar semakin meningkat. Anda juga memberi gambaran seolah – olah betapa hebat dan agungnya Anwar sampai jika kredibilitinya terjejas maka Selangor akan mampu dirampas.

Jika anda adalah seorang Jeneral maka saya pula hanya sekadar seorang hamba biasa. Kita biar rakyat bandingkan strategi kita.

1. Risalah vs Ceramah

Jika anda seorang ahli perniagaan hari ini maka andalah seorang peniaga yang tidak mengkaji pasaran dan memahami pelanggan anda dengan baik. Ceramah anda di Shah Alam sekitar 250 orang. Di Klang pula sekitar 500 orang. Jika tolak penyokong Umno dan Pro BN rasa angka kurang daripada 50.

Keadaan ini cukup jauh berbeza ketika anda berada dalam PKR. Anda gagal memahami rakyat dan masyarakat sememangnya sudah memiliki trend tidak mahu untuk menghadiri ceramah BN kerana ceramah BN sudah ada penjenamaan ‘boring’ secara semula jadi.

Jika tidak ‘boring’ sekali pun persepsi ini sudah sukar untuk diubah hakikatnya dalam sekelip mata.

Kita kena tahu dalam politik ada yang melihat. Ada yang mendengar. Ada yang membaca. Ada pula yang merasainya. Jika orang sudah tidak berminat untuk mendengar maka guna strategi untuk orang membaca.

Anda sepatutnya mencari ‘lautan biru’ dalam strategi politik. Bukannya lautan merah yang semangnya sah – sah pasaran ceramah dan dengar bukan milik Barisan Nasional biarpun seorang Jeneral berpidato. Jika segala serangan kamu berada dalam bentuk risalah maka orang boleh membacanya dan ada juga boleh menyimpannya.

Ceramah 50 orang tahu. Risalah ratusan ribu orang tahu. Biar tuduhan benar atau tidak bukan satu isu dalam politik.

2. Tanam Penyokong Kamu Dalam PKR Vs Tarik Penyokong Kamu Dalam PKR

Anda dengan bangganya dapat menarik orang – orang kamu ke dalam Umno. Strategi dan pandangan politik anda amat berpandangan cetek dan singkat. Umno tidak memerlukan ahli yang ramai untuk menang dalam pilihan raya. DAP yang berbekalkan 70 ribu ahli mampu mendapat undi ratusan ribu lebih daripada ahli mereka. Anda sepatutnya sedar bilangan ahli dalam sesebuah parti tidak melambangkan bilangan undi dalam realiti politik semasa. Jika penyokong kamu berada dalam PKR maka secara diam dan tersirat bom yang ditanam itu akan dirangka untuk meletup bila diperlukan.

3. Strategi Saya Serang Anwar vs Strategi Kamu Serang Anwar

Kamu menyerang Anwar sebagai pengkhianat Melayu. Agen Yahudi dan sebagainya. Strategi kamu memilih untuk menjatuhkan Anwar mungkin tepat tapi senjata yang kamu pilih untuk serang adalah sia – sia semata – mata. Mengapa? Anwar pada hari ini lebih popular dalam kalangan Melayu atau bukan Melayu ? Undi dan sokongan Melayu atau Cina yang sebenarnya semakin meningkat terhadap Anwar dari sehari ke sehari ?

Jika undi Cina semakin banyak maka serangan anda Anwar pengkhianat Melayu akan meningkatkan undi Cina dan sebagai seorang politikus yang sudah lama anda sudah sedar akan realiti Anwar sudah ada kelompak Melayu yang memang akan tetap berpihak padanya. Pengurangan 10 peratus undi Melayu dan peningkatan 60 peratus undi bukan Melayu akan menempatkan Anwar ke Putrajaya tidak lama lagi jika anda kekal sebagai strategis yang tidak pernah hebat.

Anda sepatutnya pilih untuk menyerang Anwar sebagai pengkhianat kepada bukan Melayu. Mengapa? Sebab sudah ramai ahli Umno , Perkasa dan pemimpin Melayu yang sudah menyerang Anwar dari sudut ini. Anda sepatutnya mencari kelainan. Biar Anwar diserang daripada 2 sudut yang berbeza.

Anwar boleh sahaja diserang apabila 100 peratus Ketua Perhubungan Negeri dan Setiausaha Negeri PKR adalah Melayu. 80 peratus Timbalan Pengerusi 1 juga adalah Melayu. Dan Selangor satu – satunya negeri pemerintahan PKR pun tiada jawatan Timbalan Menteri Besar kepada bukan Melayu. Oleh itu , mana logiknya Anwar akan beri jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Cina ? Biar sokongan bukan Melayu Anwar terjejas . Sebenarnya bagi lagi isu bukan Melayu Anwar yang boleh dimainkan.

Percaturan anda bukan checkmate lawan anda keluar daripada Putrajaya tetapi checkmate lawan anda ke Putrajaya.

4. Penjenamaan Pakatan Rakyat VS Penjenamaan Anwar

Fokus anda sepatutnya menjurus kepada melemahkan Pakatan Rakyat dan bukannya melemahkan Anwar. Penjenamaan Anwar pengkhianat Melayu dan agen Yahudi hanya sekelompak dalam bangsa dan agama tertentu yang akan membeli political branding ini. Yang lain bukan sahaja tidak kisah malahan mungkin juga lebih menyokong.

Jika DAP political branding yang diberi oleh Umno adalah Pro Cina. PAS Islam ekstrem. PKR alat Anwar. Barisan Nasional Rasuah. MCA dan MIC anjing Umno. Maka sehingga kini tiada political branding untuk menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat ? Yang ada hanya sekadar pakatan ini tidak akan kekal lama. Pakatan ini bermasalah. Pakatan ini memiliki ideologi yang berbeza. Kesemua ini bukannya political branding. Isu dan penjenamaan politik adalah 2 perkara yang berbeza.

Pakatan Rakyat boleh dijenamkan sebagai Penipu dan Hiprokrit dan banyak lagi peluru , senjata dan isu yang boleh dibangkitkan untuk menjayakan penjenamaan politik ini sehingga satu masa tertanam dalam minda masyarakat.

5. Jejaskan PAS dan DAP vs PKR

Anda pernah berada dalam PKR. Anda tahu calon dan kredibiliti setiap calon PKR. Anda tahu masalah dalaman PKR. Anda tahu segala kelemahan PKR. Anda tahu kelemahan jentera PKR dan segala – galanya berkaitan PKR dan sebagai seorang politikus berpengalam sepatutnya sudah boleh meramalkan jika dalam PR 13 antara PAS , DAP dan PKR yang paling tidak stabil undi calon , kawasan , kelemahan dan isunya di Selangor sepatutnya PKR.

DAP pula kebal dan menjadi semakin kuat. PAS pula semakin kukuh dan berpengaruh di Selangor. Tepuklah dada dan tanyalah selera adakah anda sudah silap menembak lawan yang sememangnya jika tidak tembak pun lama kelamaan akan mati secara semula jadi?

6. Pemilihan Isu Setempat vs Pemilihan Isu Tiada Sempadan

Ada kalanya saya tertanya adakah anda produk Anwar? Anwar seorang strategis maha bijak. Ceramahnya di kawasan berbeza maka intinya juga berbeza mengikut keperluan pasaran di sesuatu tempat. Sebab itu Anwar popular dalam kalangan Melayu dan bukan Melayu.

Anda bawa isu agama Islam , perjuangan Melayu dan Israel di hampir setiap ceramah kamu di merata – rata tempat , negeri dan kawasan. Isu ini mungkin tepat di negeri seperti di Kedah , Kelantan , Terengganu dan beberapa tempat yang sesuai. Di Kuala Lumpur , Selangor dan Bandar besar bawa isu sebegini yang majoritinya sama ada Melayu Bandar atau majoritinya bukan Melayu. Jika isu ini kekal di Selangor anda hanya membantu memenangkan Pakatan Rakyat.

Saya hanya memilih untuk mengemukakan perbezaan 6 strategi walaupun beratus lagi yang boleh ditimbulkan. Hanya sekadar 6 untuk menunjukkan mengapa dan bagaimana anda boleh menjadi seorang Jeneral perang PKR yang gagal suatu ketika dahulu dan bakal gagal tidak lama lagi bersama BN.

Ada kalanya kita tidak memerlukan seorang Jeneral untuk melawan seorang Jeneral. Jeneral tertentu seperti anda ada kalanya hamba dan askar biasa juga mampu untuk berdepan denganmu. Hamba sedia berdebat dengan Jeneral di mana – mana sahaja , apa sahaja format , tajuk dan pada bila – bila jika Jeneral masih merasakan diri sendiri hebat.

Artikel ini diakhiri dengan sebuah cerita yang berlaku kepada sahabat saya. Sahabat saya memiliki 2 ekor anjing yang setia. Anjing yang akan menggigit sesiapa sahaja yang akan mengancam tuannya. Anjing yang akan menjilat kaki tuannya. Namun disebabkan seeokor anjing cemburu apabila tuan lebih memberi perhatian kepada anjing yang lain. Anjing ini keluar mencari tuan baharu dan bersumpah akan kembali menggigit dan menyalak bekas tuannya yang pernah beri makan dan tidur selama bertahun – tahun lamanya. Cerita ini tidaklah berkaitan dengan sesiapa cuma hanya sekadar untuk melengkapkan penutupan sebuah artikel. Namun jika ada yang termakan cili terasalah pedasnya sendiri.


ISHH..!! Pening!Pening..!!SIAPA YANG SUSUN SIAPA Nie??

Friday, July 23, 2010

Dik! PERAK nie ABANG YANG SUSUN...sambungan

Sekadar Gambor Hiasan

Ahli AMNO(loyalist AMNO)berbunyi, Ketua Bahagian berbunyi, dalam Mesyuarat Perhubungan Negeri dah berbunyi,ADUN AMNO berbunyi, orang berniaga pun dah berbunyi...sayang benor MB kat ABANG yek..ABANG tak kisah ker?

Ape ABANG nak kisah..dalam AMNO nie tak payah2 susah nak pegang jawatan dalam bahagian untuk pegang post penting dlm AMNO/Kerajaan Negeri, yang penting leher MB tu kena "cakuk" erat!Berbunyi ler macam mane pun ahli AMNO..tak de dilayannya MB..deme semua mane ada otak sebab tu zambry tak lihat..setakat pencacai boleh ler deme tu..lagi satu ABANG dengan MB nie ade cerita personal sikit tu yang "kamcing" tu..!Kamu tak payah ler tahu ape ceritanye yek!

ABANG bukan orang parti tapi ABANG orang politik...jadi ABANG akan terus hidup selagi ada politik walaupun takde parti!!!Betul ker BANG?

Yeah!that's right!..my motto..yang penting "cakuk" mau tepat kena pada sasaran..boleh survive!

Ada orang cakap yang pernah ke penjara atau ISA masa Anwar dipecat...Zahid Hamidi, Dr Zambry, Ezam, Hanafiah Man, Lokman Adam, Ghani Haron...tapi ABANG kena tangkap pun idak!Benor ke BANG?

Biase ler..kan ABANG YANG SUSUN..ape nak heran..

Masa PR perintah Perak...ramai duk berkumpul sana sini di Ipoh...ada kawan rapat ABANG telepon ABANG minta turun Ipoh bagi semangat pada geng-geng AMNO/DAULAT TUANKU kat Ipoh...pastu dia dakwa ABANG boleh tanya dia berapa AMNO boleh bayar kat ABANG..betol ker nie BANG..?Kan ABANG ikhlas pada perjuangan..?!

Betul ler tu..prinsip ABANG mudah jer..perjuangan utama mestilah "masyukkk..!"Tu ABANG cabut dari PKR..mane boleh tahan..dah biasa dalam AMNO dulu poket sentiasa penuh..join PKR poket semedang bocorr..

Dengar cerita ada ahli AMNO bercadang nak masuk PKR lepas tu akan masuk AMNO balik dengan harapan dapat peluang macam ABANG! Ape pandangan ABANG?

Eh! Elok ler tu..bangga jugak ABANG jadi pelopor SKIM CEPAT KAYA ahli politik..terbukti what?Tengok ler ABANG ler nie..lumayan..BOLEH SUSUN lagi..deme ahli yang setia boleh telan air liur ler..tengok-tengok!angguk-angguk!geleng-geleng! he he he!

Kata demer...Keputusan balak kat Perak ni 1. MB/EXCO 2. Pengarah Hutan 3. ABANG........Hah? ABANG????Betol ker?

Tarak percaya ka? Tak percaya kalu tanya Pengarah Hutan Perak yang lalu..tak sampai setahun dia dah kena tukar..ABANG ler yang tukar..pasai tak dengor cakap ABANG..tu ABANG YANG SUSUN tu..


Ada orang cakap ABANG duit pajak kelapa sawit pun sapu...Nak cover Mazda 6 baru, ngan no plat 65 yang tender 15 ribu...Betol ker BANG??

Nak hidup..!Peluang hanya datang sekali...ape yang sempat ABANG kilas ler..tak gitu?

ABANG KATA SETIAP TAHUN ABANG PUASA DI MEKAH...tapi orang cakap ABANG buat cerita bede'ah. Tahun lepas ada orang nampak ABANG kat Ipoh. Tahun sebelum tu ada kat KL, takde duit!!!Benor ker nie BANG...??

Ishh!kamu nie mane tahu cerite nie..?kalau benor pun diam udah ler..drop my waterface aje lah..!!Ishh! soalan lain!soalan lain ler..!

BANG! kat bawah nie ABANG juge ker YANG SUSUN...?





Ishh! kamu nie..nak melawak bior ler bebenor...ABANG SUSUN takat negeri PERAK ajer..kalu di SUK tu sebut jer ABANG YANG SUSUN..semua tahu..ABANG ler tu..kat Putrajaye tu oghang lain..tapi geng ABANG jugak si Zahid tengkuk pendek. Sekarang nie dok ligat bersama Mat Ezam Kotak buat roadshow membantai Kerajaan Khalid Berahim.


Kah!kah!Kah! ABANG YANG SUSUN...
Kah!kah!kah! dah jadi TAGLINE si Penyamun Tarbus..!
Kah!kah!kah!Siap ade GAH mcm GAS untuk Samy Vellu..!
Kah!kah!kah!kita wait & See sejauh mane ABANG boleh SUSUN..!
Kah!kah!kah!kerana loyalist AMNO pun duk tengah SUSUN..kah!kah!kah!
Woit PKRian! Ape tengok saje..masuk daun ler!

Thursday, July 22, 2010

Dik! Perak nie ABANG Yang Susun..


SEDUTAN dari TEMUBUAL bersama Kareografer Penari Zapin kesukaan MB ZAMBRY HARAM...


Lokasi: Shhh! Rahsia...

Tajuk: ABANG YANG SUSUN..


PERINGATAN!! Loyalist UMNO jangan jealous no...



Ape yang ABANG susun??

Susun hasil negeri..pulun sorang-sorang!!

MB Zambry?

Zambry tu apa kata ABANG jer...keh keh keh

Setpol dia?

Setpol pun ape kata ABANG jer..dia jadi setpol pun abang yang susun..

Terer no ABANG nie...keta pun banyak..







Tengok perut ler..dari rumah nak kena lelong, tak sampai 2 tahun kat Ipoh, ABANG dah boleh susun kereta banyak ni...nie baru koleksi di Malaysia belum di Palembang lagi..tu coming soon..


Lagi..?

Bila program 1Malaysia diStadium Perak, majlis solat hajat di rumah MB, majlis kesyukuran selepas keputusan Mahkamah di rumah MB, hal nak cilok AMK PKR Perak...tu ABANG YANG SUSUN, bila majlis Ilmu Belia, takde orang...tu PUTRA YANG SUSUN!!!!


Lagi?


Yayasan BUDI tu ABANG LE YANG SUSUN...Wan Bro senyum jer!!!!

dan lagi??

Alamak!!! Abang lupa...ABANG le YANG SUSUN Ezam jumpa PM malam ni (sambil tepuk dahi). ABANG nak gerak dulu yer..jumpe lagi!Ada kawan gelak terkencing-kencing dalam toilet...HAHAHAHA

...bersambung