Thursday, June 3, 2010

Atok Langgar Pantang...








Selamat Tinggal Sahabat...


Hari ini selamat disemadikan jenazah allahyarham Abdul Rani Bin Mat Kassim atau lebih dikenali panggilan Rani di kalangan teman-teman di perkarangan tanah perkuburan Islam Masjid Simpang bersebelahan kubur arwah bonda tercintanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir beliau jam lebih kurang 12.40 malam 3 Jun 2010 di Wad ICU C2 setelah hampir 2 hari bertarung nyawa melawan komplikasi barah usus yang telah lama beliau deritai. Bagi kenalan rapat sememangnya telah mengetahui akan kesihatan beliau namun bagi kenalan biasa mungkin perginya beliau adalah secara mengejut. Ramai yang hadir terpinga-pinga ta'kala riak dan sikap beliau ketika berkesempatan berdiskusi santai tidak menunjukkan sebarang keuzuran kesihatan.

Pantang...

Sejak posting 10 Mac 2010 dengan tajuk Allo!Allo!AMK Wake-Up! , saje atok biarkan untuk seketika dan berPANTANG menulis seketika sehingga selepas pemilihan AMK PKR di Konvensyen Nasional PKR yang akan berlangsung di hujung tahun 2010 nie. Bukannye ape saje nak biarkan "mesej" posting tu sampai pada ketua AMK yang ada la nie punya...apa punya lembab!

Tapi..

Atok Langgar Pantang... sebab..

Bengkekk..!! bila Osman Jailu gagal ziarah Sdr Abdul Rani sama ada ketika di ICU Wad ataupun semasa proses pengebumian arwah sedangkan arwah adalah tonggak ketika PRU ke 12 bagi DUN Changkat Jering di mana Osman Jailu jadi ADUN sekarang. Ketika itu arwah sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Changkat Jering..berkorban tenaga, wang ringgit semata-mata untuk meletakkan Osman Jailu sebagaimana keadaan beliau sekarang...dah tu pulak buat khianat maha kabir plak! Apa punya manusia tak kenang budi..Osman Jailu woi!!

3 panggilan di buat oleh teman2 yang mesra Osman Jailu pada tarikh 2 & 3 Jun 2010...nie dia jawapannya..

pertama- berada Kuantan, Pahang

kedua- berada di Terengganu

Ketiga-berada di Kelantan

Fuhh! sibuk sungguh si mamat nie..cari pelabor untuk MB Mahkamah ker? Atau engko takut diluku sorang seluku oleh Jamaah yang hadir menziarahi Arwah?

Dalam hal ini Atok bukan nak berpolitik tetapi apa jenis hancauu punya sahabat bila seorang yang pernah suka-duka bersama gagal memberikan penghormatan terakhir.







No comments:

Post a Comment