Wednesday, June 9, 2010

Alahaii...Samm!


Walaupun engko angkat jari tanda baguss sememangnye engko memang baguss tapi tak cukup ummph aje! Macam kari tak cukup santan..memang kari tapi ummph kurengg..Politik PKR khususnya AMK sekarang ini sangat-sangat memerlukan ketokohan kepimpinan Pemuda yang ada karisma..ada "command character". Kalau KJ dengan Pemudi Umnonya..Engko Samm..?

Oleh: Topeng Perak

AMK Sucked..!

AMK tak payah cerita... kalau tegur pun macam buang masa... Sam tu bukan makhluk yang boleh ditegur. "Dont tell me how to do and what to do..! i know what i'm doing... don't teach me ok..?"

AMK boleh pergi jauh, tapi tidak dengan Ketua AMK yang cuma pandai "buat report polis sahaja". practically, aku tak nampak report polis tu boleh tarik pengundi untuk undi parti. polis lagiii la makin menyampah. bila ada isu ngko kutuk-kutuk polis, lepas ngko kutuk ngko pergi menyusahkan polis dengan report-report ngko yang bertambun.

Pada masa ni pemuda UMNO berada pada tahap 50% lebih teruk prestasinya dari sebelum ni, tapi dalam masa yang sama, prestasi AMK berada 50% lebih teruk dari Pemuda UMNO. korang kira sendiri la dekat tahap mana AMK berada.

Geng-geng AMK kalau terbaca post aku ni, aku mintak mahap banyak-banyak. terus-terang aku cakap, AMK sucked..!

Pada masa ni, AMK amat-amat bernasib baik sebab Khairy Jamaluddin TIDAK DITERIMA oleh majoriti Pemuda UMNO. kalau Khairy Jamaluddin diterima oleh majoriti Pemuda UMNO, alamatnya tahap prestasi AMK akan berada dibawah paras 2% dari prestasi Pemuda UMNO.

Beb... Pemuda UMNO yang tengah lembik pun korang gagal nak lawan... macam mana nak tawan Putrajaya ni beb..? Sam, lu dengar sini... lu tak boleh nak tarik pengundi muda dengan berguni-guni report polis yang lu dah buat tu, anak muda tak minat dengan report polis... anak muda era "Perubahan" ni, lu sebut "polis" pun diorang dah menyampah.


Anak muda yang tak bergiat dalam politik sekarang dahagakan program-program membina untuk mereka, diorang nak tempat dalam masyarakat, ikut lu buat report polis tak meletakkan diorang dalam mana-mana level dalam masyarakat Malaysia beb... tu tahap "pencacai" je bagi aku.

Atas tahap kepala otak lu yang bergelar "Lawyer", tak leh ke lu pikir idea-idea yang menarik untuk anak-anak muda tempatkan diri dalam 1 level yang masyarakat "pandang" tinggi anak-anak muda ni..?

Beb... tak kan lu tak tau anak-anak muda yang ada dekat Malaysia ni semuanya nak jadi "somebody" dalam Negara ni beb... ada yang nak jadi "programmer" yang tersohor, ada yang nak jadi "pelumba motorsikal" yang hebat, ada yang nak jadi "stunner" yang brutal, ada yang nak jadi "Beckham" walaupun tak hensem dan kaki bangku dan macam-macam lagi.

Kepala otak lu bantut sangat ke (macam lu) sampai tak leh nak pikir idea-idea macam tu..? sekarang bila lu pegang jawatan Ketua AMK Pusat, lu nak orang bantu diri lu sendiri ke lu nak nak bantu orang lain sebagai tanggungjawab lu..?

Kalau lu nak orang lain bantu lu dengan jawatan lu, baik lu belah cepat-cepat lepas tu pergi daftar masuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Malaysia Idol atau lain-lain rancangan "realiti Tivi"... gua serius ni... lu nak marah, lu marah la...

1 kenyataan yang lu kena terima ialah, "kalau" lah Khairy Jamaluddin ditakdirkan tergerak hati dia untuk Insaf terima perjuangan Pakatan Rakyat dan dia masuk pulak PKR, terus-terang gua cakap la... kalau Khairy Jamaluddin masuk PKR, Sam dan lain-lain pimpinan PKR yag muda-muda akan terlingkup terus... kalau ada pun pencabar terdekat Khairy Jamaluddin setakat yang aku tengok cuma Chegu Bard sorang je. yang lain semua hampeh.

Dah la... nak terima teguran, terima... kalau rasa hebat sangat tak leh nak terima teguran, lu punya suka la... gua tak de kepentingan dalam AMK. dalam DAP dengan PAS pun gua tak de kepentingan.


J


Sunday, June 6, 2010

Adoii! Sakit Kapala..!


Hari nie sempat atok duduk mendengar sembang Cik Osman Pengerusi Koperasi Kontraktor-kontraktor Melayu Negeri Perak dengan 2-3 orang kuatnye di Kedai Kopi Tahiaq R & R Simpang.Dia nie dulu masa Osman Jailu mula-mula menang, kat SUK Perak tu boleh dikatakan kerap ada..ibarat kata boleh pacak khemah ler! Dari segi politik atok tak berapa pasti tapi nampak gaya jenis "One Night Stand" punye puak..asal barang jadi duit..belasahh!!

Keluh-kesah nada bual beliau..tension!bengkek!semua ada..sebab apa? sebab projek dah enam bulan lebih tak turun-turun..kontraktor kelas F sekarang dok berkira-kira nak pecah tabung anak! "Aku tension!,ahli koperasi dok sibuk bertanya projek sampai nak jawab telepon pun naik gayat!Tak jawab salah, jawab pun salah!", bentak Cik Osman nie."Puak nie akan luruh projek bila ada pilihan raya aje lebih-lebih lagi pilhanraya kecik..lain masa woyang!"."1@Satu Malaysia kecingg!!"


Ala heii..buat apa dok pening kepala,tension cik Osman hoii! La nie suma ahli koperasi tak dak keja, jadi pakat ramai-ramai buat keja solat hajat aje minta ada pilihan raya kecik kat DUN Changkat Jering nie..bagaimana cara?Lu pikir ler sendiri..Kah!Kah!kah!

Thursday, June 3, 2010

Atok Langgar Pantang...








Selamat Tinggal Sahabat...


Hari ini selamat disemadikan jenazah allahyarham Abdul Rani Bin Mat Kassim atau lebih dikenali panggilan Rani di kalangan teman-teman di perkarangan tanah perkuburan Islam Masjid Simpang bersebelahan kubur arwah bonda tercintanya. Beliau menghembuskan nafas terakhir beliau jam lebih kurang 12.40 malam 3 Jun 2010 di Wad ICU C2 setelah hampir 2 hari bertarung nyawa melawan komplikasi barah usus yang telah lama beliau deritai. Bagi kenalan rapat sememangnya telah mengetahui akan kesihatan beliau namun bagi kenalan biasa mungkin perginya beliau adalah secara mengejut. Ramai yang hadir terpinga-pinga ta'kala riak dan sikap beliau ketika berkesempatan berdiskusi santai tidak menunjukkan sebarang keuzuran kesihatan.

Pantang...

Sejak posting 10 Mac 2010 dengan tajuk Allo!Allo!AMK Wake-Up! , saje atok biarkan untuk seketika dan berPANTANG menulis seketika sehingga selepas pemilihan AMK PKR di Konvensyen Nasional PKR yang akan berlangsung di hujung tahun 2010 nie. Bukannye ape saje nak biarkan "mesej" posting tu sampai pada ketua AMK yang ada la nie punya...apa punya lembab!

Tapi..

Atok Langgar Pantang... sebab..

Bengkekk..!! bila Osman Jailu gagal ziarah Sdr Abdul Rani sama ada ketika di ICU Wad ataupun semasa proses pengebumian arwah sedangkan arwah adalah tonggak ketika PRU ke 12 bagi DUN Changkat Jering di mana Osman Jailu jadi ADUN sekarang. Ketika itu arwah sebagai Pengarah Pilihan Raya DUN Changkat Jering..berkorban tenaga, wang ringgit semata-mata untuk meletakkan Osman Jailu sebagaimana keadaan beliau sekarang...dah tu pulak buat khianat maha kabir plak! Apa punya manusia tak kenang budi..Osman Jailu woi!!

3 panggilan di buat oleh teman2 yang mesra Osman Jailu pada tarikh 2 & 3 Jun 2010...nie dia jawapannya..

pertama- berada Kuantan, Pahang

kedua- berada di Terengganu

Ketiga-berada di Kelantan

Fuhh! sibuk sungguh si mamat nie..cari pelabor untuk MB Mahkamah ker? Atau engko takut diluku sorang seluku oleh Jamaah yang hadir menziarahi Arwah?

Dalam hal ini Atok bukan nak berpolitik tetapi apa jenis hancauu punya sahabat bila seorang yang pernah suka-duka bersama gagal memberikan penghormatan terakhir.