Wednesday, November 18, 2009

Dah lama dah...


Sebelum atok teruskan..atok mohon maap bebanyak kerana lama tak posting cerita baru..biasa ler atok oghang tua banyak pengalaman pulak tu so ramai la oghang dok datang rujuk, sibuk sesangat..termasuk ler ceritanye atok hilang kat seminggu lebih kerana masuk hutan kat ulu Temengor pi cari ikan tengas dan sebarau..bebudak Kolumpo tu masuk hutan memancing katanye tadak ONG jika atok tak ikut sama..apa boleh buat oghang ler nie dia lebih percaya kat kuasa manusia lebih dari ALlah Ta'ala.

Kita sambung balik cerita berkaitan tajuk "posting" di atas..Dah lama dah aktivis dan penyokong-penyokong PAKATAN RAKYAT khususnya dari PKR di Cabang Bukit Gantang tahu perangai torghak si Osman Jailu nie..sebelum bergelar YB lagi. Tapi apa boleh buat..seperti yang atok katakan di atas yang mana manusia nie lebih yakin dengan apa yang ada pada manusia dari dia yakin dengan ALlah Ta'ala..maka dipilih la si Osman Jailu nie jadi calon bagi DUN Changkat Jering pada PRU 12 yang lalu.
Bagi Atok rasanya tak dak faktor lain yang membuatkan dia terpilih melainkan dia nie lebih bergaya sikit dari yang dok ada..tambahan pulak masing-masing takut nak jadi calon waktu tu kerana tak yakin boleh menang..ibarat dok kata "kalah susah, menang lagi susah..!" Tang sini atok bagi kredit ler kat si Osman Jailu nie kerana dia buktikan yang dia ada "teloq" berbanding yang lain waktu tu..walaupun dari segi kelayakan,pengalaman politik dan latar belakang pendidikan ada yang lebih hebat dari beliau. Maka walaupun ramai tidak berpuashati ketika itu, namun kerisauan digantikan dengan jaminan bersungguh-sungguh pemuka-pemuka PKR Cabang yang mengatakan si Osman Jailu nie akan berubah pusing 360 darjah..tambahan pula dia sendiri buat aku janji "ayaq liuq" di depan semua pemuka-pemuka PKR Cabang yang dia akan tinggalkan semua tabiat jahilliah beliau dulu, kini dan selamanya.

Masuk mai pilihanraya PRU 12, waktu kempen...dah nampak bunga-bunga pelaq Osman Jailu nie berputik balik..apa tidaknya semua "disiplin" kempen dia langgag ikut dan dia saja. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya DUN Changkat Jering semua bersetuju dengan strategi dan prosedur yang ditetapkan, dia pun setuju..alih-alih habis saja meeting besaq dia pi buat pulak meeting kecik dengan penasihat-penasihat Mat Yeh beliau( Mirza KWSP Ulam Raja, Din IWK Taik, Sham IWK Kepala Taik). Pekerja parti berkempen teruk sampai nak tercabut anak tekak untuk menangkan dia, dia plak boleh pi ronda dengan Pajero Buruk Ramli Kayu Ayaq Kuning(pinjam punya) ke hulu ke hilir dengan 2-3 ekor penasihat Mat Yeh dia. Bertanding kat Changkat Jering tapi nun terlepaih sempadan masuk DUN Trong. Apa bikin?!..ronda ler. Jadual yang diatur oleh Team Jawatankuasa Pilihanraya yang dia sendiri dalam meeting tu dia langgar...atuqkan dia ceramah kelompok, dia pi tibai tidoq dalam pejabat cabang, Jawatankuasa kata kena lapor diri lewat malam ke Bilik Gerakan sebelum balik rumah, dia pi melepak kat kedai kopi sampai awal pagi, kerja logistik yang sewajibnya tak perlu dibuat, dia pi buat,sebab tu ada JDM yang terlebih dapat poster/bendera..apa tidaknye team logistik pilihanraya pun antaq sama, akhirnya stok jadi "short" maka kelam-kabut jadinya di Bilik Gerakan Utama kerana dia punya pasal ada JDM tak dapat bendera! Apa punya lahabau mat amin sungguh si Osman Jailu nie!
Aktivitis dan pekerja parti dah mula bengkek menanah dengan sikap dia..depa tak kisah dan boleh tahan walaupun tidoq tak cukup,duit poket tak diberi, makan biskut mayat, minum ayaq teh O pagi, petang, malam, pagi..sampai kembong perut, tapi yang depa kisah dan tak boleh tahan bila si Osman Jailu perangai macam pelaq. Maka sebelum depa pakat-pakat boikot tutup bilik gerakan maka pergilah kepala-kepala(KK) Jawatankuasa Pilihan Raya DUN Changkat Jering( 2 hari sebelum buang undi) mengadap kepala segala kepala(KSK) bagi Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Parlimen Bukit Gantang bagi DUN Changkat Jering dan DUN Sepetang(Untuk makluman: Parlimen Bukit Gantang terdiri dari 3 DUN; Changkat Jering(PKR),DUN Kuala Sepetang(PKR), DUN Trong(PAS)). Dikhabarkanlah tentang tiada disiplin dan pelaqnya perangai si Osman Jailu tersebut pada KSK dengan bertujuan mudah-mudahan dengan sifat seniornya KSK dapatlah kiranya dinasihatkan si Osman Jailu nie. Namun lain pulak jadinya, sebaliknnya KK Jawatankuasa Pilihan Raya DUN Changkat Jering pulak "dinasihatkan!"..turut hadir si Osman Jailu bersama penasihat Mat Yeh. Maka terhoyong-hayanglah balik macam tu saja KK Jawatankuasa Pilihan Raya DUN Changkat Jering tersebut.. macam tak percaya plak reaksi yang telah diberikan oleh KSK. Bengong beruk jadinye!!
Atok dimaklumkan selepas itu semua aktivis dan pekerja parti buat kerja macam biasa walaupun suhu kepala dah naik suhu mengelegak, namun faktor kesetiaan, maruah serta amanah parti dan rakyat.. maka diteruskan jugak kerja-kerja pilihanraya tersebut. Kalau faktor si Osman Jailu dan lagak sikap si pemuka-pemuka PKR Cabang hampehh..dah lama dah tutup Bilik Gerakan, bukan tutup saja malah bakaq hangus sekaligus..baru puas hati!

Seterusnya..(bersambung)

No comments:

Post a Comment