Thursday, November 26, 2009

Dah lama dah...siri 2


..setelah diumumkan kemenangan si Osman Jailu nie maka bergumbiralah penyokong-penyokong PAKATAN khususnya PKR. Rasa bangga kerana ini sejarah julung kalinya UMNO terteghap di kubu kuat depa walaupun ramai tahu senario kemenangan Osman Jailu dan PAKATAN RAKYAT seluruhnya bukan disebabkan kekuatan PAKATAN tetapi lebih kepada "keputusan yang diputuskan secara bersama" oleh rakyat ketika itu kerana dah meluat kepada UMNO-BN. Tapi rakyat tak kisah janji UMNO terteghap! Ahli dan penyokong UMNO khususnya di bahagian Bukit Gantang mati kutu ketaq lutut ibarat baru lepaih tengok hantu...tak percaya yang amat sangat macam mana depa boleh teghap!!

Rupanya dalam diam-diam si Osman Jailu nie jadi lebih teruk DARJAH kebodoh-sombongan beliau berbanding semasa waktu kempen. Dia mula besaq kepala kononnya sebab dia calon UMNO bungkuih. Rasa sombong mula menebal di dalam diri tambahan didorong oleh penasihat Mat Yeh beliau..banyak tindakan tidak menurut agenda Parti tetapi lebih kepada individu dan syok sendiri. Mana-mana yang tak berlaga angin dengan dia termasuk masa kempen dulu dia pelensing masuk longkang termasuk sekali si Ketua Bahagian. Janji untuk raikan dengan petugas-petugas pilihanraya khusunya DUN Changkat Jering hanya tinggal janji. Sebulan, 2 bulan..hanya dok dengaq dia dok sibok adjust nak pasang 2, kereta baru, cari tukul besi nak rembat balak..dulu Wan Dollah empunya stesen Petronas Larut Tin bukannye apa-apa pun dengan dia ttp pasai 'sponsor' sekoq lembu buat korban di kawasan dia masa Raya Haji, satu kawasan balak Wan Dolah & the Geng dapat! Apa punya tengin si Osman Jailu sedangkan dia tahu siapa Wan Dolah tu..parasit UMNO! Awal-awal kemenangan lagi dah "stim" bau UMNO..Bahagian sedar hal ini, cuba menbantu khususnya kawasan DUN yang dimenangi beliau. Atoq mesyuarat dia tak mai, buat mesyuarat lagi tapi Mat Yeh dia yang mai..bila ditanya kenapa tak mai dia kata dia sibok! Sibok toya dia..pada hal sibok dok bincang dengan penasihat Mat Yeh dia hal nak tambah lagi satu dan bagaimana nak pekaya diri.Kawasan? mampuih pi biaq Bahagian jawab..


Sebelum Bahagian sedaq, Aktivis yang dok tolong dia masa pilihan raya lagi sedaq! Apa yang dia janji pada aktivis dan penyokong di Changkat Jering, dia kencingg sambil belari!! Aktivis dan penyokong suarakan secara lisan pada pemuka-pemuka PKR Bahagian namun ayat,"hangpa sabaq..dia baru.. tak sampai 100 hari lagi..sabaq, sabaq..!! tu yang didendangkan pada halwa telinga. Tapi depa pemuka-pemuka PKR Bahagian lupa yang dok melalak di pasar malam, rumah ke rumah puak-puak nie la. Orang kampung cukup kenai depa, maka bila si Osman Jailu ni tak nampak muka..sapa yang kena tala?sapa yang kena perli?Wak Ayam nak beniaga ayam pun naik takut nak buka kedai..bangun suboh dok doa jangan la dok ada pagi nie oghang kampung "smash" aku..dulu masa kempen si Wak nie dia sorang ja yang belaghak bagai nak gila bawa bendera PKR keliling kampung khususnya kampung dia yang pekat UMNO, siap "taji" lagi puak-puak UMNO kat kampung dia tu..lepaih menang padan muka! RM3000.00 pun melayang si Osman Jailu sapu!kah!kah!kah!...tak tahan dah! telinga makin nipis tambah-tambah lagi puak2 UMNO buat modal kepelaqkan Osman Jailu belasah/perli aktivis dan penyokong nie. Aktivis bukan minta duit, bukan minta jawatan tetapi Osman Jailu dan pemuka PKR Bahagian turun kawasan jumpa orang kampung, just to say hii!! itu pun dah cukup..depa orang kampung pun tau PKR bukannya ada duit cuma nak kongsi kegembiraan kerana dah menang! itu saja!


Tak tahan dengan situasi tersebut maka aktivis tubuhkan Badan Bertindak Aktivis PKR DUN Changkat Jering dan memorandum ini dihantar...bersambung

No comments:

Post a Comment