..berikutan memo di bawah dihuloqkan oleh para aktivis..
Namun memo yang dihantaq bertujuan murni demi keutuhan parti telah disambut dengan reaksi negatif lagi mengecewakan, tambahan menyedihkan ianya telah "disejuk-bekukan!". Justifikasi tersebut berikutan dari 2 kejadian seperti di bawah:
1. Surat balas dari si Osman Jailu...
Nampak macam ok isi kandungannya..memberi jaminan jujur akan melakukan sesuatu(kecuali bab nak offer jawatan pegawai khas tu..itu nampak macam perli sedangkan tujuan memo bukan sebab aktivis kelapaq jawatan daripada dia!). Tetapi akhirnya kencing jugak..surat tu wayang saja..tindakan yiilek! nak buat pertemuan dengan aktivis pun yiilek!ciit poodah! Lebih menyedihkan surat-surat tersebut dihantar oleh posmen "hantu"! main lempaq-lempaq saja surat-surat (tanpa setem) tu kat rumah salah seorang daripada aktivis berikut kut celah tingkap rumah, macam zaman jepon..kalau si aktivis ni tak perasan kira macam tarak apa-apa la! apa punya tidak profesional si Osman Jailu dan pengampu-pengampu dia.
2. Tindakan pemuka-pemuka PKR Cabang antaq "wakil" pi jumpa aktivis- jumpa pun di kedai kopi Mie Last Corner R & R Batu 2 1/2. Wakil yang datang pulak bukannya nak bincang nak cari jalan untuk selesaikan mantapkan Parti tetapi hanya sebagai penyambung lidah pemuka-pemuka PKR Cabang pasai depa rasa "no class" nak layan aktivis-aktivis yang sengkek nie! Hangpa nak tau apa yang Wakil tu cakap..dia kata, " hangpa semua(aktivis) nak belaian dan sakit hati kerana tak dapat jawatan".lepaih tu dia offer tender supply Genset kat Pulau Saga kat Kuala Sepetang konon-kononnya dengan offer tersebut boleh sejukkan hati aktivis! Pii rah mabuk! Ini sudah tak ikhlas..pandang rendah dengan para aktivis. Para aktivis hantar memo bukan sebab nakkan jawatan ataupun tender tetapi nak betulkan keadaan yang nampak semakin gelong. Dah habis dengaq celoteh si Wakil ni semua angkat kaki cabut! Makan-minum hang bayaq..padan muka!
Maka dari hari tu berterusanlah sifat bodoh-sombong si Osman Jailu. Mat Yeh2nya serta si para pembodek. Depa buat hal depa..panjat pejabat si Osman Jailu SUK Ipoh, kedai kopi cerita tender sana projek sini, tukul besi balak!balak!balak! Para aktivis macam biasa kembali kepada kerja asal depa..yang jual ayam pi jual ayam, yang bela keli pi kolam dia, yang berniaga kembali berurusan,yang tak kerja terus tak kerja...life goes on..sehinggalah berlaku pengkhianatan maha besar dalam sejarah politik tanah air yang dilakukan oleh si Osman Jailu pada 5 petang 4 Februari 2009, terlungkup sebuah Kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU ke 12 pada Mac 2008 yang lalu..!kah!kah!kah!padan muka PKR Perak!padan muka Ketua Cabang!padan muka para pembodek!padan muka semua!kah!kah!kah!
Para aktivis sebut satu ayat jer..,"dah lama dah..."
(Nota: Siri "Dah lama dah..." bukan saje-saje ditulis untuk ungkit cerita lama atau cuba menyinggung ttp sebagai panduan bagi sesiapa ingin mengenali, mendekati dan memahami kisah bekas ADUN PKR Changkat Jering ini...di sini ceritanya bermula dan runtuhnya kerajaan PAKATAN RAKYAT Negeri Perak adalah akhirnya. Atok dah tau lama dah...)
No comments:
Post a Comment