Wednesday, March 10, 2010

Allo! Allo! AMK wake-up!

Atok tak mau ulas banyak hal blog Angkatan Muda Keadilan(AMK)., naik melugai dah kata orang utara..pembaca boleh lihat dan faham sendiri...

Rujuk http://www.angkatanmuda.org . Sudah makan berbulan MAMPOSS sejak posting terakhir bertajuk, "ADUN PR bantah program BTN" bertarikh 20 November 2009. AMENDEE..!!


Betul-betul macam menatang kat bawah nie..



Wahai Kepala AMK Malaysia..atok lihat kamu nie syok sendiri.., gagasan politik AMK ? pun yiilekk!!yang atok lihat, mana ada DSAI di situ ada kamu..tak mahu ketinggalan nak berkepit. Kamu kata AMK wadah dan harapan anak muda alaf baru tetapi pendekatan "tools" kamu macam alaf lama@zaman 60 an. Kalau melihat senario ini bermakna kamu gagal untuk memahami anak-anak muda..yang rata-rata punyai upaya menerobos ruang maya. Manfaatkanlah ruang maya nie datok! Kamu nie pemimpin sebuah organisasi politik yang perkembangannya sentiasa diikuti rakyat..bukannya ketua organisasi sebuah kilang kicap! Jangan kasi malu PKR Brader!!

Atok tegur kerana orang lain tak tegur dan juga kerana atok dah tegur salah seorang AMK yang ada akses ke pusat lama dulu..tapi tak de mende yang berubah! Sayang seribu kali sayang jika hal-hal sebegini terlepas pandang..alamat berdondang sayang ler kamu wahai Kepala AMK oii!

Jangan marah atok kerana atok orang kampong tak macam kamu cerdik pandai. Kamu diamanahkan untuk memimpin, justeru pimpinlah ke arah kejayaan. Jika tak mampu..."anak cina makan pengat, sendiri mau ingat!"

Lu Pikir Ler Sendiri!!


Monday, March 8, 2010

MCA Masuk Celah..Mane Bang Brahim Ali?!!

Antara 5 resolusi MCA pada AGM mereka baru-baru ini..

MCA meminta kerajaan menilai semula hukuman fizikal terhadap golongan wanita beragama Islam dan bertindak atas dasar pertimbangan kemanusiaan dengan mematuhi persetujuan yang diterima pakai "Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita" (CEDAW).






Bang Brahim buat ape..?Bang Brahim tido ker?

Aku tido ler ..tak masyukk..

Mana boleh Bang Brahim..ini pasai hal ehwal Islam, maruah orang Melayu..kan Bang Brahim cukup sensitif berkaitan hal-hal begini?Ekk ala..macam bang brahim buat gempak baru-baru nie..lagi pun kan bang brahim buat MPM dengan 76 NGO Melayu Islam di bawahnye khusus untuk menjuarai isu-isu yang melibatkan kepentingan Melayu Islam..?

Memang ler.. tapi tak masyukkk lagi...

Mende ape yang tak masyukkk lagi nie Bang Brahim oi?

Fulus ler!Fulus!

O..Fulus yer..! Engko nie Bang Brahim..dah ler muka pecah rumah, perangai pulak hodoh! nah ambik nie!

PANG!!





Saturday, March 6, 2010

Cakap, Bikin Tak Serupa!







Satu keluhan dari seorang penduduk Changkat Jering berkaitan UMNO menyalah-gunakan institusi Surau sebagai gelanggang politik dan propaganda mereka. Menurut penduduk terbabit sejak akhir-akhir ini mereka makin ligat!


ATOK nak cakap..dah lama dah..!! Bukan surau aje..Masjid, media, agensi kerajaan, dan macam-macam lagi..Hebatnya puak-puak nie bukan saje bende-bende di atas boleh dieksplotasikan malah orang kampung pun depa boleh jual!!

CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!

Saturday, February 27, 2010

Hi..Hi..idup!! MeLayu! Solidariti 76 NGO..

76 NGO Melayu bergabung


PRESIDEN PERKASA, Datuk Ibrahim Ali (kanan) bersama ketua NGO yang hadir pada Pelancaran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur, semalam.




KUALA LUMPUR 27 Feb. – Demi menjaga kepentingan bangsa, agama dan negara, 76 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu peringkat negeri dan kebangsaan hari ini bergabung di bawah satu payung yang dinamakan sebagai Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, MPM ditubuhkan demi menjaga maruah penduduk bumiputera terutamanya orang Melayu.

“Semakin jelas nampaknya berlaku tekanan terhadap hak dan keistimewaan orang Melayu di tanah air sendiri dan juga kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

“Bukan itu sahaja, MPM juga berperanan sebagai benteng yang mempertahankan kedudukan dan kedaulatan Kesultanan Melayu yang sering dipertikaikan,” jelas Ibrahim yang juga antara pengasas MPM.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran MPM dan juga majlis Menandatangani Watikah Pengisytiharan oleh wakil-wakil NGO yang menganggotai MPM di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini hari ini.

Apa barangg…hoi!! Pelakon Baru, Skrip sama, Pengarah sama@Pelakon Lama..semuanye dari Akademi yang sama!

Kah! Kah! Kah! Guna Pelakon Baru kerana yang lama dah tak boleh pii..berkarat!! Sekarang dok kerusi Pengarah!

Kah! Kah! Kah! Konon-kononnya dengan Pelakon Baru dapat “grasp” perhatian generasi baru Melayu tapi malangnya rata-rata Pelakon Utama di kalangan Pelakon Baru nie pun dah berkarat!!Bekedut dah!!

Kah! Kah! Kah! 76 NGO + Brahim Ali = Pertubuhan Brahim Katak! bukannye Pertubuhan Bukan Kerajaan!

Kah! Kah! Kah! Elok ler sekarang pun ujan lama dah tak turun…ramai katak lagi baguih!

Kah! Kah! Kah! Tandanya AMNOE dah tak leh pii dah!!Sebut AMNO, guna AMNO, atas apa pun jika AMNO memang tak bleh pii dah!! Jadik sekarang AMNO terpaksa belajar main Silap Mata dari Raja Katak Brahim Ali!! Kah! Kah! Kah!

Hee! Hee!Hee..Lepaih nie Brahim Ali cadang pulak agar AMNO dibubarkan dan semua gerombolannye berpindah ke parti MAHAPERKASA! Alasan? Sebab AMNO tak bleh pi dahh!!Kah! Kah! Kah! Cerdik juga si Raja Katak nie! Cerdik-cerdik buah peliorr..!Kah! Kah! Kah!Kiok!

Kah! Kah! Kah! masuk PSSC lagi baik! Persatuan Suami-suami Curang! nie Osman jailu mesti suka! Kah! Kah! Kah!

Thursday, February 25, 2010

BALAK! OH! BALAK! Kerlingan mu Masyukkk!!

PENGUMUMAN!PENGUMUMAN! Kepada sesiape nak balak nie atok pamerkan pra syarat asas untuk memohonye..kat PERAK nie hutan masih baanyak..!!Tarah ler sampai perabih!Naik BN tutuh balak!naik PAKATAN pun balak! Sebab tu negeri Perak industri jahanam!hartanah tak menarik! Perlancongan hidup segan mati tak mau!pendidikan tak payah cerita!abis lari orang perak kerja luaq..penang, KL, selangor, kedah.. pasaii!! semua pemimpin yang naik fokus dia nak duit mudah..balak!!nak perah otak fikirkan sumber khususnya untuk rakyat teramai.. malas!!






Sesaje atok pamerkan bab nie kerana selama nie ianya jadi HAK ESKLUSIF orang-orang tertentu jer..khususnya berlegar hanya di kalangan orang-orang berpengaruh; politik, kapatalis, kerabat...orang-orang kampung hampeh tak tau!Sekarang nie biaq semua orang tahu agar lepaih nie puak-puak berkepentingan nie tak boleh kencing!!
PELAQ! Bila jadi HAK ESKLUSIF maka puak-puak nie gunakannya sebagai TOKEN untuk macaikan orang ramai terutama pengikut, pertubuhan, orang kampung sebagai umpan & mauduk utama perjuangan. Habis lupa isu-isu rakyat yang dilalakkan semasa ketika belum memerintah!
DAN PALING HARAMJADAH!! Balak nie punca utama terlungkupnya PAKATAN RAKYAT PERAK! Bukan kerana Nizar ikut cina, bukan kerana perjuangan PKR @ PAKATAN ikut telunjuk DAP atau langgar prinsip. Semua kerana hal perut dan bawah perut!!

GERGAJI !!

Bersatu untuk tentang akhbar promosi JUDI

Sumber: http://Shahrulpeshawar.wordpress.com




Mungkin kah?

Saya harap adalah juga NGO yang akan tampil kedepan dengan segala tenaga dan kekuatan untuk menjuarai isu yang saya sebutkan ini. Bukan apa, dalam hal kalimat “ALlah” baru-baru ini, beberapa NGO menyatakan bahawa kerisauan nantinya ialah takut-takut kalimat “ALlah” ini akan digunakan untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pengetahuannya dan memesongkan sesetengah umat Islam.

Walaupun begitu, ada sebahagian pula berpendapat penggunaan kalimat “ALlah” untuk penganut agama Samawi (Kristian & Yahudi) dibenarkan tetapi tidak boleh digunakan untuk agama @ kepercayaan selain daripada itu. Kita tinggalkan isu ini dulu untuk cerdik pandai yang ada didalam negeri yang satu ini.

Apapun, yang saya tahu semua pihak bersetuju bahawa JUDI adalah diharamkan dalam Islam, justeru marilah kita mulakan pula perang keatas JUDI secara berperingkat. Peringkat pertama nie biarlah kita tumpukan kepada benda yang boleh kita kawal. Kita boleh kawal akhbar sebenarnya… sepertimana kita haramkan iklan arak dalam akhbar berbahasa Melayu, serupa itulah kita boleh laksanakan pada hal ehwal JUDI. Kita paksa (force) syarikat akhbar untuk haramkan juga iklan JUDI (keputusan ekor, ramalan nombor dan sebagainya). Mufti, Pengarah Jabatan Agama, Menteri-menteri, Ahli-ahli Politik, pembela-pembela nasib Wanita, persatuan agama, persatuan politik, individu dan sebagainya. Kita boleh gembleng semua NGO yang turut berjuang untuk kalimat “ALlah” baru-baru nie, tak perlulah saya namakan NGO-NGO nie semuannya untuk perkara ini.

Kesan buruknya pemaparan elemen JUDI dalam akhbar berbahasa Melayu adalah ianya menjadi penggalak ataupun pemangkin kepada peningkatan gejala JUDI dikalangan anak-anak muda dan remaja berbangsa Melayu. Soal bangsa lain juga terlibat dalam JUDI adalah isu lain, kita tumpukan dulu pada anak Melayu yang pastinya Islam.

Saya tinggalkan anda semua disini untuk memberikan komen dan cadangan, saya fikir dalam peringkat ini, saya boleh mencari jalan untuk menggerakkan kempen menentang akhbar JUDI ini diseluruh negara dengan cara yang tersendiri tetapi jauh disudut hati, saya mengharapkan ada NGO atau persatuan atau gerakan umat Islam yang prihatin dapat tampil dan menjadi JUARA dalam isu ini… ini bukan ISU saya dan bukan juga isu ANDA, tetapi ianya adalah isu KITA semua… mungkin boleh fikirkan kot pandangan insan kerdil-saya ni.

SHAHRUL PESHAWAR

Di dalam Al-Qur‘an al-maisir (judi) disebutkan sebanyak tiga kali, sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman yang tafsirnya :

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya”. Dan mereka bertanya pula kepadamu: “Apakah yang mereka akan belanjakan (dermakan)?” Katakanlah: “(Dermakanlah apa-apa) yang berlebih daripada keperluan (kamu)”. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) supaya kamu berfikir”.
(Surah Al-Baqarah: 219)

FirmanNya lagi:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al-Ma’idah: 90)

Dan firmanNya yang lain:
Tafsirnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil?”.
(Surah Al-Ma’idah: 91)
PERKASA!OH!PERKASA! nie yang patut..! dah jelas lagi terang!
PERKASA!OH!PERKASA! surat kabar melayu!Baca pun melayu!Mu pun Melayu Brahim Ali oii!
Atok: kepada semua pembaca kalu engko oghang setuju kita mobilize gerakan GERGAJI nie! Amacam?Gerakan nie confirm semua setuju termasuk puak-puak bini Rosmah. Tak dak alasan nak kata nie ada politik punya agenda. JUDI semua tahu hukumnya dan lebih memualkan bila mana akhbar naungan orang-orang melayu beria-ria mempromosikannya. NYAH JUDI!

Monday, February 22, 2010

DAULAT TUANKU!

Tengku Anis ke mahkamah


Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my




KIRI : Elia Suhana Ahmad , Tengku Anis Tengku Abdul Hamid

KOTA BHARU 21 Feb. – Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid diperintah memberi tunjuk sebab pada 7 Mac ini kerana mengingkari perintah yang membenarkan isteri kedua Tuanku Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.

Hakim Mahkamah Syarie, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar selepas mendengar permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) Elia Suhana Ahmad, 31, bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini hari ini.

Selain Raja Perempuan, dua lagi responden yang dinamakan ialah Mohd. Shahrizan Zainal Abidin iaitu pengawal peribadi responden pertama dan Zaiton Hussein Merican, pekerja di Istana Kelantan.

Menurut Fakhrul Azman, mahkamah telah membenarkan pihak Elia Suhana mendapatkan kerjasama pihak polis untuk melaksanakan perintah tersebut dengan apa cara sekali pun bagi membolehkan responden mendapat hak giliran bersama Sultan Kelantan yang masih dirawat di Singapura.

Ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir pada masa dan tarikh yang disebutkan untuk menunjukkan sebab mengapa mereka tidak patut dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Mereka juga boleh didenda tidak melebihi RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah ex-parte Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 4 Februari lalu.

‘‘Elia Suhana sebelum ini telah mendapat perintah hak giliran eksklusif selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul 7 pagi sehingga Isnin waktu yang sama oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. ‘‘Tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama,” katanya.

Fakhrul Azman berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding berlangsung yang turut dihadiri anak guamnya, Elia Suhana yang kelihatan tenang, berbaju kurung moden dan bertudung ungu.

Susulan daripada itu katanya, pihaknya menerima perintah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wisma Putra, Jabatan Imigresen dan mana-mana jabatan kerajaan hendaklah memberi kerjasama penuh untuk memastikan pelaksanaan perintah disempurnakan.

“Sudah enam bulan Elia tidak bertemu suaminya dan kali terakhir pada 12 Februari lalu, beliau tetap dihalang daripada berjumpa suaminya,” katanya. Menurutnya, sebelum ini anak guamnya enggan membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi selepas beberapa kali dihalang malah kunjungannya dibuat laporan polis atas alasan menceroboh, tindakan sewajarnya terpaksa diambil.

“Ketika Sultan Kelantan menerima rawatan, Elia Suhana melawat suaminya pada sebelah pagi untuk tidak menimbulkan kekecohan tetapi dia dilaporkan menceroboh, lantas tindakan ini dilakukan untuk mendapatkan haknya,” katanya.

Dalam perintah yang dikeluarkan hari ini, ia turut menyebut PDRM hendaklah menggunakan segala kuasa yang ada bagi memastikan perintah ex-parte itu berjalan lancar termasuk mendapatkan bantuan polis Singapura atau mana-mana pihak berkuasa berkenaan.
WAA..KA!KA! Utusan Meloya kerjanye bogel!Asalkan boleh bogel..!!Jalan...
KAH!KAH!KAH!Mananye keramat Daulat hoi! Sampai dalam kelambu istana pun muka depan besau hoi!
KAH!KAH!KAH! Allo!Allo!Mana si JUARA RAKYAT hoi!Utusan Meloya dah bikin khianat!