Monday, February 22, 2010

DAULAT TUANKU!

Tengku Anis ke mahkamah


Oleh RAHANA MOHD. DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my




KIRI : Elia Suhana Ahmad , Tengku Anis Tengku Abdul Hamid

KOTA BHARU 21 Feb. – Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid diperintah memberi tunjuk sebab pada 7 Mac ini kerana mengingkari perintah yang membenarkan isteri kedua Tuanku Ismail Petra melaksanakan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada 4 Februari lalu.

Hakim Mahkamah Syarie, Mohamed Yusoff Awang membuat keputusan tersebut di dalam kamar selepas mendengar permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) Elia Suhana Ahmad, 31, bersama peguamnya, Fakhrul Azman Abu Hasan di sini hari ini.

Selain Raja Perempuan, dua lagi responden yang dinamakan ialah Mohd. Shahrizan Zainal Abidin iaitu pengawal peribadi responden pertama dan Zaiton Hussein Merican, pekerja di Istana Kelantan.

Menurut Fakhrul Azman, mahkamah telah membenarkan pihak Elia Suhana mendapatkan kerjasama pihak polis untuk melaksanakan perintah tersebut dengan apa cara sekali pun bagi membolehkan responden mendapat hak giliran bersama Sultan Kelantan yang masih dirawat di Singapura.

Ketiga-tiga mereka dikehendaki hadir pada masa dan tarikh yang disebutkan untuk menunjukkan sebab mengapa mereka tidak patut dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Mereka juga boleh didenda tidak melebihi RM2,000 kerana melakukan kesalahan menghina mahkamah dengan mungkir atau gagal mematuhi perintah ex-parte Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 4 Februari lalu.

‘‘Elia Suhana sebelum ini telah mendapat perintah hak giliran eksklusif selama dua hari dalam seminggu, bermula Sabtu pukul 7 pagi sehingga Isnin waktu yang sama oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu. ‘‘Tetapi perintah itu tidak dapat dilaksanakan kerana dihalang oleh responden pertama,” katanya.

Fakhrul Azman berkata demikian kepada pemberita selepas prosiding berlangsung yang turut dihadiri anak guamnya, Elia Suhana yang kelihatan tenang, berbaju kurung moden dan bertudung ungu.

Susulan daripada itu katanya, pihaknya menerima perintah pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Wisma Putra, Jabatan Imigresen dan mana-mana jabatan kerajaan hendaklah memberi kerjasama penuh untuk memastikan pelaksanaan perintah disempurnakan.

“Sudah enam bulan Elia tidak bertemu suaminya dan kali terakhir pada 12 Februari lalu, beliau tetap dihalang daripada berjumpa suaminya,” katanya. Menurutnya, sebelum ini anak guamnya enggan membawa kes tersebut ke mahkamah tetapi selepas beberapa kali dihalang malah kunjungannya dibuat laporan polis atas alasan menceroboh, tindakan sewajarnya terpaksa diambil.

“Ketika Sultan Kelantan menerima rawatan, Elia Suhana melawat suaminya pada sebelah pagi untuk tidak menimbulkan kekecohan tetapi dia dilaporkan menceroboh, lantas tindakan ini dilakukan untuk mendapatkan haknya,” katanya.

Dalam perintah yang dikeluarkan hari ini, ia turut menyebut PDRM hendaklah menggunakan segala kuasa yang ada bagi memastikan perintah ex-parte itu berjalan lancar termasuk mendapatkan bantuan polis Singapura atau mana-mana pihak berkuasa berkenaan.
WAA..KA!KA! Utusan Meloya kerjanye bogel!Asalkan boleh bogel..!!Jalan...
KAH!KAH!KAH!Mananye keramat Daulat hoi! Sampai dalam kelambu istana pun muka depan besau hoi!
KAH!KAH!KAH! Allo!Allo!Mana si JUARA RAKYAT hoi!Utusan Meloya dah bikin khianat!

No comments:

Post a Comment