Monday, July 5, 2010

Panass!! Changkat Jering Al Bukit Gantangi.

Ini Lompat tak masyukk...lompat sukee..YeeeeHa!


Ini komentar berkaitan insiden "Lompat "dari seorang yang namakan dirinya YONG
berikutan posting terbaru atok sebelumnye..

Yob Yong tak kisah sape tanding DUN Changkat Jering ke, Petai ke. PAS atau PKR takde masalah. Dulu PKR menang sebab sentimen benci UMNO amat kuat. Orang atas pagar dan PAS pakat2 undi PR. Anak Jailu bertanding atas pentas PR. penyokong PAS terima dia atas alasan itu. Tapi lepeh dia jadi katak, adakah penyokong PAS dan pengundi atas pagar akan percaya calon dari PKR lagi? Kome kena pikior dan cerakin isu ini baik2. Jangan ikut perasaan je. Yong tahu di kawasan2 lain negeri Perak ramei penyokong PAS menyampah kat PKR sebab perangei wakil PKR yang tak boleh percayai. Nak pujuk balik penyokong yang sakit hati dan merajuk bukan mudah. Bakal calon dari PKR kena tunjuk keikhlasan kepada rakyat marhain, bukan berkepit dengan Penasihat PKR je. Bila ade penasihat bukan main tunjuk rajin. Bila takde, hilang entah kemana. Yong pun bukan marah. Cuma nasihat.

Ini Atok punya jawapan...temuramah oleh Nenekengkau!

Ingat lagi kepada orang ini.. siapa dia?
Dato' Haji Asri Muda(Arwah) bekas Yang Di-Pertua PAS atau bahasa sekarang Presiden PAS.

Apa dia buat?

Lompat pi UMNO ler..semua orang tau kecuali yang buta sejarah politik tanah air!

Mana hebat?..tindakan beliau berbanding kes lompat yang melanda baru-baru ini?

Dua-dua hebat..yang sekarang kerana status ADUN/MP ada kasi sikit impact pada perancangan PAKATAN..tapi Dato' Asri lagi hebat..orang kuat Parti yang mendominasi gerak rancang parti boleh terkalih ke UMNO. Tak ker heran..politikus punyai asas tarbiyyah yang sistematik boleh jadi gitu?Kalu takat Osman Jailu tu atok tak heran ler..

Apa kesan pada PAKATAN atau parti terlibat?

Tak de mende aihh..Dato' Asri Keluar.. ade ke PAS berakhir?atau penyokong beramai-ramai keluar parti & sokong UMNO?Tak de kan!Lagi baguih depa keluar.. nature call yang natural..tiada paksa-paksa..ini memberikan pengalaman & kematangan kepada Parti serta penyokong..alehh macam gerakan Zionis..macam mane dia boleh tekan & kawal dunia la nie sebab sejarah awalnya penuh tribulasi demi survival, ditekan & dikawal. Fitrahnya bila mane manusia lebih ditekan maka akan lebih berfikir untuk atasi segala kemelut demi kejayaan..berjiwa besar berfikiran positif..tak gitu?

Tu yang komen tu kata...

"Jangan ikut perasaan je. Yong tahu di kawasan2 lain negeri Perak ramei penyokong PAS menyampah kat PKR sebab perangei wakil PKR yang tak boleh percayai. Nak pujuk balik penyokong yang sakit hati dan merajuk bukan mudah"

betoi ker?

Atok tak nafikan memang berlaku..tapi atas inisiatif dan semangat setia-kawan insyaaLlah beres. Kalau ditambahkan minyak padi api..masalah ler..kan atok cakap tadi..ade ke PAS berkubur gara-gara tindakan Dato' Asri?tidak sama sekali. Tahun 1973 PAS lompat pi peluk UMNO BN, ade ker PAS kantoi sampai tak boleh nafas?tidak sama sekali..hanya bagi orang yang berjiwa kecik saja yang cakap macam komen tu..alasan lebih dari memberi jalan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..

Jadi perkara lompat atau keluar atau belot Parti nie pada pandangan atok?

Biasa ler..hal kecik jer..tetap akan berlaku sampai bila-bila sejak awal Islam..hal besarnya ialah bagaimana setiap parti kena bermuhasabah introspektif, fokus untuk melihat sinar kejayaan masa mendatang. Sepatutnya lagi ditekan lagi diperkukuhkan jaringan kesefahaman dan tekad..baru ler sempoi!

Jadinye..?

Kalu nak diceritakan lebih ramai lagi selain Dato' Asri Muda..tapi atok berfikiran positif & fokusss..

Atok nak pesan..lepas ni tak payah ler buat keja-keja negatif ni lagi..tak ada maknenye..

1 comment:

  1. atok engkau betoi biul..cakap yg dah org lupoa...sekarang trend PKR lompat..itu soalnya..memang biasa soal lompart atau belot..tapi sekarang musim PKR dilanggar katak..jadi soal tolak ansur mungkin tak jadi masaalah..sepatutnya jgn dibicara soal ini...yang lebih penting Tumbangkan UMNOBN..ini disitu menulis disini membantah..masa bila pulak UMNOBN nak tumbang..

    ReplyDelete