Monday, July 5, 2010

Allo Kengkawan!Syok Sendiri Nampakk..!!

Dua Tokoh Bukit Gantang-Harapan Rakyat Perak
-http://sisibukit.blogspot.com
DS Nizar Ahli Parlimen Bukit Gantang bergambar bersama Perwakilan Bukit Gantang.Kelihatan dalam gambar,Ustaz Zulkifli Ahmad,Hj Abdul Rahman Adam,Fadhil Idris dan Idris Zakaria.
Ustaz Idris Zakaria,anak tempatan Kg Sungai Petai,Ketua Penerangan Pas Malaysia.Mungkin beliau boleh dicalonkan di DUN Changkat Jering dalam PRU 13.Pernah menjadi calon PAS dalam PRK Changkat Jering dan PRU 1999.Ustaz Idris Ahmad dikenali penduduk tempatan,dan mampu membela nasib rakyat pelbagai kaum.Harapan kita agar pimpinan Pakatan Rakyat memilih beliau sebagai calon Dun Changkat Jering.

Syok Sendiri...

Yang DS Nizar tu no problem, atok angkat topi..telah teruji kepimpinannya.. tapi yang sorang lagi tu..BIG PROBLEM!Kepada kengkawan yang nak lobi tu atok tak kesah..kita duk di negara demokrasi..tapi sebagai orang lama atok nak beri input dari sudut yang mungkin kengkawan tak sedar akibat dok ligat promote si idola kengkawan sorang tu..

1. Usah kudakan DS Nizar untuk halalkan tindakan tersirat tu..nanti terpalit DS Nizar dengan kencing kuda kengkawan..berselerak habis nanti..

2. Jangan mangsakan rakan PAKATAN khususnya PKR Cabang Bukit Gantang untuk nawaitu "Penting Perut" kengkawan..

Sepatutnya..

1. Kengkawan perkukuhkan jambatan PAKATAN khususnya di Parlimen Bukit Gantang tu..bukan merongsoikan lagi. Kengkawan kata kengkawan kuat, makan garam dulu@ OTAI dalam politik sepatutnya kengkawan gerakkan inisiatif untuk perubahan mengangkat upaya PAKATAN di Parlimen tersebut..masing-masing parti ada jasa, kekuatan dan kelemahan. Pikir ler perkara yang boleh disepakati dulu..yang kureng tu boleh berdiskusi kemudian..kengkawan bukan tak pernah mengaji fikh awlawiyat..jangan ler takut nak mengadap kepimpinan PKR Cabang Bukit Gantang..depa pun manusia bukannya makan orang. Nie dok main smash kat alam maya ape kebendenye..Gentle le Bro! Melainkan kengkawan ahli Parti PKR ade ler jalannye..

2. Kengkawan dari gerombolan awal, berbeza PKR yang lebih sikit dari 10 tahun..sepatutnya menghulurkan tangan serta berkongsi pengalaman untuk membantu jikapun disedari YB Tai Al Sepetangi wal sarabutt tu ada masalah..Gerombolan kengkawan awal-awal dulu pun ada masalah..biasa ler.

3. Tawaduk..sedari sejarah Changkat Jering..Gerombolan kekawan jadi striker dah lama dah..tapi tak boleh nak score..kaki bangku ka hapa atok pun tak tau! Tapi bila PKR ambik alih, zupp..!!sekali cuba dah boleh golll..! tak kan jealous kott..mai pulak episod si Osman Al kataki maka kengkawan ingat nie peluang baikkk..punya nak tekan sahabat sePAKATAN..ini apa punya sikap nie..sebijik macam zionis! Mr Big Problem tentu tak setuju dengan kengkawan..tu la lama tinggal usrah! Hang kena pi usrah balik!

Banyak lagi kalu nak tulis tapi atok maleih sebab tak guna...PAKATAN kena FOKUS! Remeh-temeh nie puak BN punya perangai!Perkukuhkan jaringan dan perpaduan baru ler boleh cerita yang indah-indah belaka! kalu tidak..poodahh!!

Atok tak marah! Nasihattt..!!




1 comment:

  1. Yob
    Yong tak kisah sape tanding DUN Changkat Jering ke, Petai ke. PAS atau PKR takde masalah. Dulu PKR menang sebab sentimen benci UMNO amat kuat. Orang atas pagar dan PAS pakat2 undi PR. Anak Jailu bertanding atas pentas PR. penyokong PAS terima dia atas alasan itu. Tapi lepeh dia jadi katak, adakah penyokong PAS dan pengundi atas pagar akan percaya calon dari PKR lagi? Kome kena pikior dan cerakin isu ini baik2. Jangan ikut perasaan je.

    Yong tahu di kawasan2 lain negeri Perak ramei penyokong PAS menyampah kat PKR sebab perangei wakil PKR yang tak boleh percayai. Nak pujuk balik penyokong yang sakit hati dan merajuk bukan mudah. Bakal calon dari PKR kena tunjuk keikhlasan kepada rakyat marhain, bukan berkepit dengan Penasihat PKR je. Bila ade penasihat bukan main tunjuk rajin. Bila takde, hilang entah kemana.

    Yong pun bukan marah. Cuma nasihat.

    ReplyDelete