Friday, February 19, 2010

Cerita Sedih, "Masalah No. 6, Tak Lingkup Jahanam!!"


BERKHIDMAT MELAMPAUI WAKTU DAN SEMPADAN-Team pusat khidmat parlimen Bukit Gantang Cemerlang!.

19 Febuari 2010, Pokok Assam, Taiping – Perbincangan 15 minit di antara Ketua Cabang PKR Taiping, Sdr Eddy Ridzuan Amirullah dan rakan-rakan ranting Taman Raja Idris, Pokok Assam berjaya merungkaikan permasalahan berhari-hari yang dihadapi oleh seorang pengawal keselamatan Encik Kharidin Bin Idris, suami kepada Siti Misnah penghidap kencing manis kronik yang menderita hampir 2 tahun.

Menurut Encik Kharidin masalah yang dihadapi beliau ialah tidak punyai kenderaan van untuk membawa isterinya ke Hospital Manjung tambahan pula isterinya hanya mampu terbaring sahaja maka sukar untuk kenderaan jenis lain.

“Saya pernah adukan masalah ini kepada pihak berkenaan namun sikap acuh tak acuh mereka amat mengecewakan, malah menjengok pun tidak! Adakah kerana saya ini bukan sesiapa kalangan mereka?” ujar Encik Kharidin merujuk kepada Ketua Kampung di mana tempat beliau tinggal.” Ini soal hidup mati seorang manusia, bukan perkara pondok-pondok!” tegas beliau. Selain itu beliau juga merayu bantuan ambulan Hospital Taiping dan juga Jabatan Pertahanan Awam(JPA) Taiping tetapi banyak birokrasinya.”Saya akui bahawa kami anak-beranak yang memohon isterinya dipindahkan ke Hospital Manjung atas sebab tertentu, namun sukarkah untuk berlaku ehsan terhadap kes-kes serius sebegini?!”soal beliau dengan kesal.

Akhirnya dengan bantuan jiran, beliau dipertemukan dengan Ketua Cabang PKR Taiping yang akhirnya membawa kepada penyelesaian dengan bantuan Van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang Ir Hj Nizar. Tepat jam 1.30 pagi tadi isterinya selamat bergerak ke Manjung.

Kepada pembaca yang ingin menyumbang meringankan beban keluarga ini bolehlah masukkan tunai ke:

Nama Bank : MAYBANK
No. Akaun : 1580 5141 0060
Atas Nama : Kharidin Bin Idris

(Nota: Sila buat pengesahan akaun di atas dengan suami si pesakit di talian 05-806 4954 sebelum berhajat membuat sumbangan untuk elakkan kesilapan)

ATOK ANGKAT TOPI LER SAMA TEAM PUSAT KHIDMAT IR NIZAR!

Tang sini atok tabik spring sama team pusat khidmat Ir Nizar@Parlimen Bukit Gantang. Dengar cakap satu kali allo ajer terus jadik!walaupun dah lewat pagi! Sebelum nie punya ler payah si suami kepada pesakit nie bila berurusan dengan pihak-pihak tertentu.. HANYA untuk mendapatkan sebuah kenderaan van!..itu jerr!

BRAVO!!Engko oghang kasi Ir Nizar senyum sampai telinge. Walau luar kawasan namun engko orang tak berkira!

CHiiTT POODAH!! Itu worang..apa nama? Ketua Kampung?Pak Teh ka?.. sebijik macam Osman jailu. Tarak kena dia punya batang idung..dia ingat ini main pondok-pondok punya ka? Bini Rosmah tau mesti marah!tarak faham itu bini Rosmah punya mantera “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,..” Tarakk guna punya worang!!

Atok teringat kata-kata seorang sahabat dahulu..kalu bab minta pertolongan kat puak nie(1Malaysia spesis), kalu mu tak dak apa-apa dengan dengan depa(bukan sesiapa maksudnya) ibaratnya...sambil pantun 2 kerat, "Masalah kat bagan, tak dak "cable" kalo mati beghagan !" atau "Masalah No. 6, Tak Lingkup..Jahanam!".



FOTO PESAKIT KETIKA OPERASI EHSAN TERSEBUT.




Kronik!!

Tak upaya untuk urus diri sendiri..

Ketua Cabang PKR Taiping menziarahi pesakit.

Sabar menanti..

Berganding bahu memindahkan pesakit ke van yang sedia menunggu.

Ustaz Wan dan pemandu sedia untuk bertolak.

Selamat jalan..mudah-mudahan ALlah memudahkan urusan baik kita.






























Monday, February 15, 2010

UMNO-BN Dajjal, PAKATAN masih pesta-pestaan...

Sudah masuk hari ke-6 peristiwa perlanggaran kawasan tanah yang diusahakan Encik Mohd Salleh Bin Ariffin @ Pak Leh dan rakan-rakan di kampung Air Kuning, Changkat Jering, Perak. Mangsa menderita namun sehingga kini berseorangan berhadapan dengan kemelut tersebut. Segalanya dilakukan sendirian..
Mana pergi parti-parti politik yang kononnya menjuarai isu rakyat khususnya di Parlimen Bukit Gantang?
UMNO-BN? pasti tak sua muka, orang-orang depa terlibat. Dajjal!

KEADILAN? banyak nasihat... kerja tak jalan..!duit tak dak kot? balak!balak!balak!bala!!

PAS? datang lambat balik awai! Syarat tolong mesti ada "mileage" politik pada depa. Kalu tak dak, mu termenung ler Pak Leh sampai berkulat!. Usrah hari-hari, tapi tak dak kemajuan! Lambat siang ler nak ambik Changkat Jering!

DAP? tak abis raya lagi!

ADUN Changkat Jering? Hampeh!! awai-awai lagi..kalu bab nikah lebih, tang tu laju..!

Macam tu ler..yang UMNO-BN memang dajjal, yang PAKATAN masih pesta-pestaan berlegar isu sapa MB Perak. Hal rakyat...mu pikir ler sendiri!!

P/s: Atok cadangkan pada Pak Leh "layan" kes beliau pada PERKASA. Dengaq cerita cawangan dah ada di Taiping. Kita nak tengok Brahim Ali melompat ker tak kat Pejabat Tanah atau SUK Perak macam dia buat kat Penang tempoh hari! Melayu!Melayu!Melayu! Piirahh!!




Bila si Laki Najib Lembut Lidah..

Geli tali perut atok bila terbaca niat murni Rosmah si laki Najib nak bendung gejala buang bayi...sila rujuk kenyataan BERNAMA di bawah nie:




BERNAMA


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membayangkan kemungkinan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membendung gejala pembuangan bayi yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang kempen kesedaran dalam menangani masalah ibu yang melahirkan anak luar nikah.

"Insya-Allah, saya rela bekerjasama dengan badan kerajaan serta pihak lain bagi membendung isu pembuangan bayi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), juga melahirkan rasa kesal terhadap kes pembuangan bayi terutama kes terbaru di mana mayat seorang bayi lelaki yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah ditemui di Kuala Krai, Kelantan, semalam.

"Saya berasa amat dukacita dengan kejadian ini kerana ia perbuatan yang sangat zalim dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan wajar bagi membendung keadaan ini supaya tidak lagi berleluasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, akta yang ada perlu diperketatkan supaya kejadian terbabit dapat dielakkan daripada terus berleluasa.

Katanya, ibu bapa yang tidak sanggup atau berupaya menjaga anak mereka dan ibu yang melahirkan anak luar nikah supaya menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan.


KAH!KAH!KAH! Atok pecah perut nak gelak nak termuntah!

KAH!KAH!KAH! nak elak buang bayi jer? "balun" tak pa ker?!

KAH!KAH!KAH!Boleh si laki Najib nie cari makan lagi dengan cadang pada bini dia buat institusi ala-ala PERMATA untuk "tarbiyah" anak gadis kalu beranak luar nikah "jangan buang" merata-rata tapi buang kat institusi tu tak pa!janji jangan buang bersepah. Lepas tu boleh bikin "projek" lagi!

KAH!KAH!KAH! Tapi atok nak cadangkan pada laki Najib nie agar "tarbiyah" dulu mak-mak gadis terutama dari puak dia macam mana nak didik anak gadis depa!

KAH!KAH!KAH! Osman jailu pun boleh join kot-kot dia boleh bagi "TIP kaedah cara terbaik" pada mak-mak dan anak-anak gadis tu!

Kerana KETUA PUAK Rosmah kat Bahagian tempat atok pun dah dapat "cucu segera" baru-baru nie!cuma tak sepah merata-rata jer! AKHAKK...PTUIH!!



Saturday, February 13, 2010

Perjalanan Sedih Encik Mohd Salleh@Pak Leh & Rakan-rakan..

Kepada semua, untuk memahami kes Pak Leh nie..kronologi peristiwa dilampirkan:









P/s: Osman..!! engko tengok betol-betol kronologi tu..Pak Leh nie memang seorang Fighter bukannye macam engko bacul @ pondan!Nampak jer macam tak class tapi kerja buatnya sampai ke pengetahuan PM! engko nampak jer smart tapi hampeh!! Kena gertak atau masalah sikit dah nak pitam siap letak tengkok lagi! Tapi Pak Leh engko tengok demi hak dan maruah..Lawan tetap Lawan! walaupun ramai yang sakit hati atau fitnah bebukan. Bravo Pak Leh!! Pak Leh bukannya perasuah atau penjenayah tetapi dosanya hanya kerana berbudi kepada tanah!












Allo!allo! Osman..ape dah jadi nie..?engko mane? Indonesia ker?


Kampung Air Kuning, Changkat Jering, Perak 12 Februari 2010 – Kemelut tidak berkesudahan berterusan melanda Encik Mohd Salleh Bin Ariffin yang telah lebih sedekad memerah keringat mengusahakan tapak bekas lombong terbiar yang terletak di Lot 2648, belakang Taman Kuning Sari, Air Kuning, Perak.. Operasi perlanggaran pusingan ke 2 oleh pihak Pejabat Tanah Daerah Larut Matang dan Selama pada pukul 9.00 pagi 11 Februari 2010, mengingatkan kembali peristiwa pelanggaran pusingan pertama pada Julai 2008 yang lalu. Peristiwa duka hampir 2 tahun yang lalu mengakibatkan bukan sedikit kerugian malahan melumpuhkan aktiviti penternakan khususnya ikan jeli bila mana kolam-kolam dipecahkan, rumah pembenihan dirobohkan selain bangsal lembu serta ladang rumput napier hampir 2 ekar diratakan. Lebih memeritkan lagi mereka berlalu begitu saja, ganti rugi yang dituntut tidak diendahkan.

Kali ini mereka datang lagi dengan lebih besar jumlah anggota dan keterlibatan lebih agensi kerajaan; Unit Simpanan Persekutuan(FRU), Penguatkuasa Majlis Perbandaran Taiping(MPT), anggota polis IPD Taiping, JKR Daerah Taiping serta disokong jentera pihak syarikat GAMUDA iaitu pemaju yang dipertanggungjawabkan untuk menambak kawasan yang sedang diusahakan oleh Encik Mohd Salleh ini.

“Mereka datang umpama memerangi penjenayah tegar! Dosa kami hanyalah kerana membangunkan dan mengusahakan tanah terbiar kepada kawasan penternakan dan pertanian. Malahan saya sendiri awal-awal lagi digari dan ditahan atas tuduhan menggugut dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas, sebelum mereka meneruskan operasi perobohan tersebut. Apalah daya saya dan rakan-rakan untuk mempertahankan hak hasil keringat kami selama ini. Paling mampu hanya berkata-kata walaupun hati sayu dan sedih melihat semua prasarana di kawasan ini dihancurkan; kandang kambing, bangsal lembu, reban ayam, rumah pembenihan ikan, kolam ikan, rumah pekerja, rumah majikan serta pohonan buah-buahan diranapkan sebegitu rupa!Habis bertempiaran haiwan peliharaan! Kecewa dan keliru bila mengenangkan dulunya pemerintah sendiri menggalakkan khususnya bumiputra untuk membangunkan tanah terbiar dengan aktiviti pertanian dan penternakan namun setelah pelaburan hampir ratusan ribu dicurahkan ini pula yang dapat!”ujar Encik Mohd Salleh.

Akur bahawa tanah yang sedang beliau dan rakan-rakan usahakan ini adalah milik kerajaan negeri namun persoalannya adakah ini tindakan sehabis cara yang mampu difikirkan oleh pejabat Tanah Daerah Larut Matang dan Selama?.Paling kurang nilaikanlah keringat, usaha dan pelaburan yang telah dibuat selama ini. “Tidak bertamadun dan anggap kami macam anjing kurap!”tegas beliau lagi. Sejak tarikh mula masuk ke kawasan ini pelbagai surat permohonan dan rayuan dikirimkan kepada pihak-pihak yang berkenaan seperti pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak, Pejabat Menteri Besar Perak malahan ke Putrajaya. Selepas perlanggaran pusingan pertama pada Julai 2008, kami ada mengutus surat kepada Dato Pegawai Daerah berisikan cadangan untuk mengatasi kemelut ini namun tidak bersambut. Malahan beberapa perbincangan dibuat antara pengusaha dan pihak syarikat GAMUDA kononnya bersedia memberikan ganti rugi juga berlalu begitu saja. Terbaru adalah surat yang dikirimkan kepada YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia.“Kami terkejut dan tidak sangka dengan tindakan ini sedangkan surat yang kami ajukan pada YAB Dato Seri Perdana Menteri Malaysia pada 22 Disember 2009 telah dirujuk kepada pejabat Menteri Besar Perak yang bertarikh 14 Januari 2010 agar diperhalusi rayuan permohonan kawasan ini. Hal ini juga sampai ke pengetahuan Dato Pegawai Daerah pada 29 Januari 2010. Semua ini ada salinannya pada kami. Tetapi bila ditanya arahan siapa untuk terus melanggar kawasan ini, pegawai pejabat Tanah Daerah menjawab bahawa ianya arahan Exco Kerajaan Negeri! Keliru kami dibuatnya kerana masing-masing ingin menggelak untuk bertanggungjawab!” terang beliau lagi.

“Kami khuatir gagasan “1Malaysia:Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan” hanya retorik dan tinggal omongan sahaja. Selepas 48 jam...inikah hadiah MB Zambry kepada kami? Kami mohon MB Perak campurtangan lagipun ADUN Changkat Jering tak boleh harap!”, akhir kata beliau.




Kenyataan Media..


Encik Mohd Salleh menunjukkan surat-surat yang dikirimkan kepada YAB PM..semuanya dalam perhatian dan proses menanti jawab-balas.





Encik Mohd Salleh dan rakan-rakan pengusaha. Demo aman..









Pejabat Tanah Mengganas..zalim!zalim!


















Gambar atas: " watak kecil"(berkopiah) di kampung sedang diinterview dek wartawan, nak goreng la tu! Alahai RM680.00 sebulan jer tok ketua woi..!mu nie buat makanan ikan keli lagi baguih!

































Yang pertahan hak, ditangkap bergari pulak tu macam penjenayah besar!






P/s: Atok nak pesan kat UMNO Bahagian Bukit Gantang..si Osman nie memang masalah besau bagi engko orang jika kekal lagi sebagai ADUN..tak buat keja!tak tau kerja!malas bekerja!perabih boraih jer yang dia boleh..!
















































































































































































































































Thursday, January 28, 2010

Sunday, December 6, 2009

Dah lama dah...siri akhir

..berikutan memo di bawah dihuloqkan oleh para aktivis..




Namun memo yang dihantaq bertujuan murni demi keutuhan parti telah disambut dengan reaksi negatif lagi mengecewakan, tambahan menyedihkan ianya telah "disejuk-bekukan!". Justifikasi tersebut berikutan dari 2 kejadian seperti di bawah:


1. Surat balas dari si Osman Jailu...






Nampak macam ok isi kandungannya..memberi jaminan jujur akan melakukan sesuatu(kecuali bab nak offer jawatan pegawai khas tu..itu nampak macam perli sedangkan tujuan memo bukan sebab aktivis kelapaq jawatan daripada dia!). Tetapi akhirnya kencing jugak..surat tu wayang saja..tindakan yiilek! nak buat pertemuan dengan aktivis pun yiilek!ciit poodah! Lebih menyedihkan surat-surat tersebut dihantar oleh posmen "hantu"! main lempaq-lempaq saja surat-surat (tanpa setem) tu kat rumah salah seorang daripada aktivis berikut kut celah tingkap rumah, macam zaman jepon..kalau si aktivis ni tak perasan kira macam tarak apa-apa la! apa punya tidak profesional si Osman Jailu dan pengampu-pengampu dia.

2. Tindakan pemuka-pemuka PKR Cabang antaq "wakil" pi jumpa aktivis- jumpa pun di kedai kopi Mie Last Corner R & R Batu 2 1/2. Wakil yang datang pulak bukannya nak bincang nak cari jalan untuk selesaikan mantapkan Parti tetapi hanya sebagai penyambung lidah pemuka-pemuka PKR Cabang pasai depa rasa "no class" nak layan aktivis-aktivis yang sengkek nie! Hangpa nak tau apa yang Wakil tu cakap..dia kata, " hangpa semua(aktivis) nak belaian dan sakit hati kerana tak dapat jawatan".lepaih tu dia offer tender supply Genset kat Pulau Saga kat Kuala Sepetang konon-kononnya dengan offer tersebut boleh sejukkan hati aktivis! Pii rah mabuk! Ini sudah tak ikhlas..pandang rendah dengan para aktivis. Para aktivis hantar memo bukan sebab nakkan jawatan ataupun tender tetapi nak betulkan keadaan yang nampak semakin gelong. Dah habis dengaq celoteh si Wakil ni semua angkat kaki cabut! Makan-minum hang bayaq..padan muka!

Maka dari hari tu berterusanlah sifat bodoh-sombong si Osman Jailu. Mat Yeh2nya serta si para pembodek. Depa buat hal depa..panjat pejabat si Osman Jailu SUK Ipoh, kedai kopi cerita tender sana projek sini, tukul besi balak!balak!balak! Para aktivis macam biasa kembali kepada kerja asal depa..yang jual ayam pi jual ayam, yang bela keli pi kolam dia, yang berniaga kembali berurusan,yang tak kerja terus tak kerja...life goes on..sehinggalah berlaku pengkhianatan maha besar dalam sejarah politik tanah air yang dilakukan oleh si Osman Jailu pada 5 petang 4 Februari 2009, terlungkup sebuah Kerajaan yang dipilih rakyat pada PRU ke 12 pada Mac 2008 yang lalu..!kah!kah!kah!padan muka PKR Perak!padan muka Ketua Cabang!padan muka para pembodek!padan muka semua!kah!kah!kah!


Para aktivis sebut satu ayat jer..,"dah lama dah..."


(Nota: Siri "Dah lama dah..." bukan saje-saje ditulis untuk ungkit cerita lama atau cuba menyinggung ttp sebagai panduan bagi sesiapa ingin mengenali, mendekati dan memahami kisah bekas ADUN PKR Changkat Jering ini...di sini ceritanya bermula dan runtuhnya kerajaan PAKATAN RAKYAT Negeri Perak adalah akhirnya. Atok dah tau lama dah...)