Monday, February 15, 2010

Bila si Laki Najib Lembut Lidah..

Geli tali perut atok bila terbaca niat murni Rosmah si laki Najib nak bendung gejala buang bayi...sila rujuk kenyataan BERNAMA di bawah nie:




BERNAMA


KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini membayangkan kemungkinan mewujudkan rangkaian kerjasama dengan pelbagai pihak bagi membendung gejala pembuangan bayi yang semakin kritikal sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebarang kempen kesedaran dalam menangani masalah ibu yang melahirkan anak luar nikah.

"Insya-Allah, saya rela bekerjasama dengan badan kerajaan serta pihak lain bagi membendung isu pembuangan bayi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran parti Gerakan di Menara PGRM di sini hari ini.

Rosmah, yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), juga melahirkan rasa kesal terhadap kes pembuangan bayi terutama kes terbaru di mana mayat seorang bayi lelaki yang hampir rentung dalam sebuah tong sampah ditemui di Kuala Krai, Kelantan, semalam.

"Saya berasa amat dukacita dengan kejadian ini kerana ia perbuatan yang sangat zalim dan berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan wajar bagi membendung keadaan ini supaya tidak lagi berleluasa," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, akta yang ada perlu diperketatkan supaya kejadian terbabit dapat dielakkan daripada terus berleluasa.

Katanya, ibu bapa yang tidak sanggup atau berupaya menjaga anak mereka dan ibu yang melahirkan anak luar nikah supaya menyerahkan mereka kepada rumah kebajikan.


KAH!KAH!KAH! Atok pecah perut nak gelak nak termuntah!

KAH!KAH!KAH! nak elak buang bayi jer? "balun" tak pa ker?!

KAH!KAH!KAH!Boleh si laki Najib nie cari makan lagi dengan cadang pada bini dia buat institusi ala-ala PERMATA untuk "tarbiyah" anak gadis kalu beranak luar nikah "jangan buang" merata-rata tapi buang kat institusi tu tak pa!janji jangan buang bersepah. Lepas tu boleh bikin "projek" lagi!

KAH!KAH!KAH! Tapi atok nak cadangkan pada laki Najib nie agar "tarbiyah" dulu mak-mak gadis terutama dari puak dia macam mana nak didik anak gadis depa!

KAH!KAH!KAH! Osman jailu pun boleh join kot-kot dia boleh bagi "TIP kaedah cara terbaik" pada mak-mak dan anak-anak gadis tu!

Kerana KETUA PUAK Rosmah kat Bahagian tempat atok pun dah dapat "cucu segera" baru-baru nie!cuma tak sepah merata-rata jer! AKHAKK...PTUIH!!



No comments:

Post a Comment