Sunday, September 19, 2010

Transkrip Ucapan Perasmian YB Yunus Ketua AMK Perak : Perasmian DEBAT AMK


TEKS UCAPAN YB YUNUS
DEBAT CALON KETUA AMK SESI 2010-2013
18 September 2010
Dewan Teratai, Taiping Golf Resort.

Saudara-saudari sekelian,

Sejarah dunia membuktikan setiap perubahan besar sesebuah masyarakat atau tamdun itu adalah berpunca dari asasnya revolusi minda sekelompok kecil manusia. Isi revolusi minda sekelompok kecil manusia tersebut ialah sikap dan nilai-nilai tertentu yang terjalin erat dalam satu falsafah sosial yang mengantikan falsafah sosial yang lama. Falsafah sosial ini terdiri daripada idea-idea tentang tanggungjawab manusia, ekonomi, pendidikan, moral, politik dan lain-lain lagi khususnya berkait langsung dengan rukun hidup bermasyarakat. Ertinya disamping menolak yang lama/buruk, seharusnya wujud pula pengantinya yang baru yang lebih baik.

Mengambil contoh Revolusi Perancis 1789, tokoh-tokoh seperti Voltaire, Rosseau, Mirabeau adalah sekelompok kecil manusia , bermula dari mereka akhirnya merubah minda seluruh khalayak , negara Perancis dan sekitarnya Eropah ketika itu. Dalam sejarah perkembangan tamadun Islam itu sendiri 1400 tahun lalu, itu pun bermula dari revolusi minda sahabat-sahabat Rasulullah SAW bila mana nilai yang diterapkan baginda Rasulullah yang berteraskan tauhid, tanggungjawab manusia terhadap Tuhan, moral dalam pergaulan dan keadilan yang akhirnya membentuk satu sikap yang mampu mengangkat martabat dan upaya ummah ketika itu.

Saudara-saudari sekelian,

Apakah relevannya saya mengambil contoh besar tersebut? Sesungguhnya ianya ada persamaan dengan kewujudan organisasi politik yang kita dokongi ini. Kalau kita mengimbas kembali sejarah penubuhan Parti, ianya adalah atas kesedaran ataupun revolusi minda sekelompok masyarakat ketika itu yang cukup tersinggung akan nilai dan budaya politik semasa. Iltizam mereka WAJIBBBB untuk menolak falsafah dan budaya politik nista dan perlukan satu pembaharuan, satu falsafah politik yang terkandung di dalamnya sikap dan nilai-nilai luhur. Maka akhirnya laungan reformasi/perubahan berkumandang di segenap pelusuk tanah air.

Saudara-saudari sekelian,

Justeru atas semangat dan roh tersebut, kita dari dulu hingga kini tidak jelak untuk terus menyuntik idea-idea segar ke arah memperkasakan agenda perubahan tersebut. Kita patut berbangga menjadi satu parti yang terkedepan dan berani mengambil risiko untuk mempromosikan dan membina budaya politik baru.

Politik baru yang kita tawarkan melalui Parti Keadilan Rakyat ialah politik yang berteraskan nilai(value-based politic). Sebab itu, adalah satu kesilapan sekiranya kita menggunakan UMNO-BN sebagai kayu ukur/benchmark. Justeru itu, proses Pemilihan 2010 ini ialah satu peluang “experiental learning” untuk kita bersama membina budaya politik baru di Negara ini.

Demokrasi memberi ruang untuk semua menyatakan pendapat dan pendirian. Demokrasi juga perlu dilihat dari perspektif kita bermesyuarah untuk membuat keputusan. Demokrasi membawa maksud keterbukaan untuk memberi dan mendengar pandangan dari semua. Demokrasi bukan sekadar memerlukan kita bertoleransi sesama kita tetapi kesediaan untuk meraikan kepelbagaian yang ada, kerana akhirnya kita memerlukan semua.

Justeru saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur atas usaha murni ini di mana medan DEBAT seperti ini insyaallah akan kekal menjadi salah satu unsur ataupun mekanisme untuk kita meraikan demokrasi ke arah memartabatkan budaya poltik baru khususnya dalam Parti dan Negara amnya.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahhim…saya merasmikan siri pertama DEBAT CALON KETUA ANGKATAN MUDA MALAYSIA(AMK) bagi sesi 2010-2013 ini.

Sekian.



Saturday, September 18, 2010

PENILAIAN LUAR LINGKUNGAN : DEBAT AMK

Sesi soal-jawab dengan peserta


Pertembungan adik-beradik

Alhamdulillah Debat Sulung AMK telah berlangsung dengan jayanya malam tadi walaupun hujan yang cukup lebat membasahi sekitar bandar Taiping sejak petang hingga lewat malam. Pihak penganjur mengucapkan syabas kepada para panelis kerana cukup matang sepanjang kebersamaan di dalam program tersebut. Hujah diberikan ada asas intelek jauh sekali terperangkap di dalam kerangka emosi dan serangan peribadi. Pertempuran idea serta gagasan yang ditonjolkan! Syabas!!

Misi & Visi: Pertempuran Idea...Syabas!
Hasmi

CheguBard

Rafizi

Kepada para peserta, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana iltizam serta kematangan ketika kebersamaan di dalam program ini. Soalan yang dilontarkan berkualiti dan tidak beremosi dan ini menepati hajat dan tujuan kami di UREKA.ASIA, soalan yang dikemukakan tiada tapisan dan pemilihan...anda bertanya, para panelis menjawab! Anda kritik, panelis beri pencerahan!Berbeza pandangan, Bersama raikan! Ini budaya ilmu, unsur budaya baru, politik baru..no heart feelings, no blocking, no censoring..speak your mind!

Jawatankuasa utama debat bersama Panelis

Bagi pihak penganjur, segala kekurangan mohon dimaafi dan insyaallah segala kritikan dan pandangan kami akan diperhalusi dalam sesi PENILAIAN DALAM LINGKUNGAN yang akan diadakan sedikit hari lagi.

Bertemu kita di Kemuncak DEBAT ini insyaallah di Selangor pertengahan Oktober ini..doakan!

Penilaian Luar Lingkungan klik sini.

Friday, September 17, 2010

DEBAT BERSEJARAH : AMK MEMBUKA GELANGANG ESOK!



ERTI DEMOKRASI
...Pesanan Atok khusus untuk Angkatan Muda KeADILan(AMK)
dan ahli parti amnya.
Hasil nukilan: Ayahanda NenekEngkau


"Demokrasi memberi ruang untuk semua menyatakan pendapat dan pendirian. Demokrasi juga perlu dilihat dari perspektif kita bermesyuarah untuk membuat keputusan. Demokrasi membawa maksud keterbukaan untuk memberi dan mendengar pandangan dari semua. Demokrasi bukan sekadar memerlukan kita bertoleransi sesama kita tetapi kesediaan untuk meraikan kepelbagaian yang ada, kerana akhirnya kita memerlukan semua".

"Politik baru yang kita tawarkan melalui Parti Keadilan Rakyat(PKR) ialah politik yang berteraskan NILAI(value-based politic). Sebab itu, adalah satu kesilapan sekiranya kita menggunakan UMNO-BN sabagai kayu ukur/benchmark. Justeru, proses Pemilihan 2010 ini ialah satu peluang "experiental learning" untuk kita bersama membina budaya politik baru di Negara ini".

Pertembungan klasik team "Generasi Reformasi" vs Muafakat Anak Muda "Penerus Momentum Reformasi"

Debat Bakal Calon AMK Pusat semakin hampir, gelojak rasa teruja baik di kalangan penyokong, pemerhati politik, parti lawan atau kawan mahu pun bakal calon itu sendiri makin dirasai. Program yang bakal menoktahkan peristiwa penting di dalam lipatan kamus sejarah politik tanah air ini telah menjadi fenomena bukan saja media alternatif mahupun arus perdana, malahan orang-ramai khususnya pendokong parti masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian, "history in the making".

Hari ini harapan ramai khususnya kalangan ahli parti telah termakbul untuk melihat posisi ketua AMK bakal diisi oleh muka baru bila mana mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar secara rasminya mengumumkan sidang media untuk tidak mempertahankan lalu nekad mendaki ke posisi lebih tinggi.

Umum sudah menjangkakan mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar bakal menarik diri dari mempertahankan posisi beliau ta'kala potensi untuk mengamit kedudukan posisi naib presiden parti menampakkan sinar yang lebih gemilang. Ahli parti khususnya Angkatan Muda Keadilan(AMK) mengalu-alukan keputusan beliau ini dan mengucapkan ribuan terima kasih setelah 2 penggal menabur bakti memperkasakan AMK. Jasa mu tetap dikenang.



Kini persoalan siapakah calon yang paling afdal untuk mengisi kekosongan tersebut dan seterusnya memimpin AMK bagi cabaran pasca PRU 12 dan mendepani PRU 13, bakal menampakkan wajah ta'kala riak-riak bayang di permukaan air makin terpampang jelas. Satu tarik diri, tiga lagi terus berlari mendaki.. antara Hasmi, Rafizi dan Chegubard siapa bakal penganti? Pemerhatian ramai pertembungan Rafizi-Chegubard bakal menjadi perhatian.


Menjelang debat bersejarah tersebut, hari ini Chegubard di Bangi mengisytiharkan iltizam perjuangan beliau untuk memimpin AMK Malaysia dengan pembawaan tema, "Iltizam Anak Muda malaysia..Penerus Momentum Reformasi" dengan menekankan kepada kewajiban AMK menjadi penerus kepada agenda reformasi sebagai anutan wahid AMK ke arah merealisasikan Deklarasi Permatang Pauh. Lewat lalu Rafizi lebih awal menyatakan kesudian untuk jawatan tersebut dengan pembawaan, "Generasi Reformasi" manakala Hasmi lafaz iltizamnya setakat ini bersifat abstrak dengan alasan untuk mengolah dan membaca arus penerimaan walaupun secara dasarnya "bersetuju" dengan jawatan "itu". Namun ketiga-tiganya akan hadir ke Taiping Sabtu ini, menyahut cabaran berdebat bertarung memunggah idea di dalam memetakan hala tuju dan pemikiran, Misi dan Visi AMK.


Meninjau pertembungan klasik Rafizi-Chegubard sesungguhnya cukup menarik dan mengujakan. Berlatarkan pengalaman rencam politik serta gaya agak berbeda, hakikatnya Rafizi bukan orang baru dan Chegubard bukan orang lama. Kedua-duanya adalah aset kepada parti khususnya AMK. Istilah ayam dulu atau telur dulu adalah tidak relevan dalam poltik dewasa ini khususnya PKR parti pertama yang membuka ruang seluas-luasnya amalan demokrasi. Budaya politik baru menuntut kepada penawaran keupayaan di dalam memberi khidmat terbaik kepada mengangkat upaya dan maruah parti khususnya AMK. Politik pembunuhan karakter(character assassinate), politik naungan, tiada prinsip, rasuah, fitnah bukanlah ciri-ciri atau idea-idea di dalam merealisasikan citra budaya politik baru. Itu budaya politik lapuk yang tidak terpakai bagi sesiapa yang jujur memahami idealisme dan agenda reformasi parti. Ahli parti mampu menilai, mengenang dengan menelusuri sejarah, bangunnya jasad dan roh parti tahun 1998 asasnya adalah kepada penolakkan falsafah dan budaya politik jelek seumpamanya yang dialunkan oleh regim UMNO-BN pada ketika itu. Sebab kita benci maka kita menolak gaya politik tersebut dan PKR berdiri mampu hingga kini. Amatlah malang bagi parti kiranya masih ada kalangan ahli yang masih gagal dan enggan memahami "asas" terpenting ini.

Berbalik kepada pemilihan, asas utama adalah kemampuan bakal ketua itu untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi falsafah politik baru ini. Kita tidak mahu lagi beretorik mahukan kepada reformasi khususnya pembawaan nilai, sikap dan budaya politik baru namun hakikatnya gagal untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi kerangka falsafah politik yang diperjuangkan tersebut. Sesungguhnya nilai, sikap serta budaya yang ingin dibawa hakikinya wajib tidak menyinggung hidup insan bertuhan. Usah jadi seperti kelompok hippies di barat satu ketika dulu yang menyarankan untuk menolak yang lama kerana alasan usang, tidak relevan serta penuh hipokrasi(cth: institusi perkahwinan) tapi tanpa memberi ganti alternatif nilai moral sebagaimana yang sepatutnya. Akhirnya kelompok hippies ini mencari moral baru tanpa panduan yang akhirnya terjebak kepada budaya bersekedudukan!

Kepada ahli parti khusus AMK, ingatlah keperluan untuk kita jadikan 2 perkara bersejarah ini, yakni DEBAT dan kaedah 1 Vote 1 Member ini sebagai medan untuk kita menilai keupayaan (SQ+IQ+EQ) dan keikhlasan bakal pemimpin di samping menyaring buang saki-baki ahli-ahli/pemimpin parti yang masih bernafsu berkiblatkan budaya politik jelek lagi busuk umno-bn. PKR adalah parti penentu jambatan keutuhan PAKATAN RAKYAT yang tidak boleh dinafikan, dan menjadi harapan serta pemerhatian lawan serta umum. Jadilah ahli parti yang bijak, maruah tinggi dan berprinsip, insyaalah parti ini akan terus dihormati kalangan rakan dan lawan.

Ayuh kita dakapi nilai luhur, Mari kita raikan Demokrasi!

Tolak Demokrasi Terpimpin!


Thursday, September 16, 2010

DEBAT AMK : Pertembungan Klasik Team "Generasi Reformasi" Vs Muafakat Anak Muda "Penerus Momentum Reformasi"

Debat Bakal Calon AMK Pusat semakin hampir, gelojak rasa teruja baik di kalangan penyokong, pemerhati politik, parti lawan atau kawan mahu pun bakal calon itu sendiri makin dirasai. Program yang bakal menoktahkan peristiwa penting di dalam lipatan kamus sejarah politik tanah air ini telah menjadi fenomena bukan saja media alternatif mahupun arus perdana, malahan orang-ramai khususnya pendokong parti masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian, "history in the making".

Hari ini harapan ramai khususnya kalangan ahli parti telah termakbul untuk melihat posisi ketua AMK bakal diisi oleh muka baru bila mana mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar secara rasminya mengumumkan sidang media untuk tidak mempertahankan lalu nekad mendaki ke posisi lebih tinggi.

Umum sudah menjangkakan mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar bakal menarik diri dari mempertahankan posisi beliau ta'kala potensi untuk mengamit kedudukan posisi naib presiden parti menampakkan sinar yang lebih gemilang. Ahli parti khususnya Angkatan Muda Keadilan(AMK) mengalu-alukan keputusan beliau ini dan mengucapkan ribuan terima kasih setelah 2 penggal menabur bakti memperkasakan AMK. Jasa mu tetap dikenang.



Kini persoalan siapakah calon yang paling afdal untuk mengisi kekosongan tersebut dan seterusnya memimpin AMK bagi cabaran pasca PRU 12 dan mendepani PRU 13, bakal menampakkan wajah ta'kala riak-riak bayang di permukaan air makin terpampang jelas. Satu tarik diri, tiga lagi terus berlari mendaki.. antara Hasmi, Rafizi dan Chegubard siapa bakal penganti? Pemerhatian ramai pertembungan Rafizi-Chegubard bakal menjadi perhatian.


Menjelang debat bersejarah tersebut, hari ini Chegubard di Bangi mengisytiharkan iltizam perjuangan beliau untuk memimpin AMK Malaysia dengan pembawaan tema, "Iltizam Anak Muda malaysia..Penerus Momentum Reformasi" dengan menekankan kepada kewajiban AMK menjadi penerus kepada agenda reformasi sebagai anutan wahid AMK ke arah merealisasikan Deklarasi Permatang Pauh. Lewat lalu Rafizi lebih awal menyatakan kesudian untuk jawatan tersebut dengan pembawaan, "Generasi Reformasi" manakala Hasmi lafaz iltizamnya setakat ini bersifat abstrak dengan alasan untuk mengolah dan membaca arus penerimaan walaupun secara dasarnya "bersetuju" dengan jawatan "itu". Namun ketiga-tiganya akan hadir ke Taiping Sabtu ini, menyahut cabaran berdebat bertarung memunggah idea di dalam memetakan hala tuju dan pemikiran, Misi dan Visi AMK.


Meninjau pertembungan klasik Rafizi-Chegubard sesungguhnya cukup menarik dan mengujakan. Berlatarkan pengalaman rencam politik serta gaya agak berbeda, hakikatnya Rafizi bukan orang baru dan Chegubard bukan orang lama. Kedua-duanya adalah aset kepada parti khususnya AMK. Istilah ayam dulu atau telur dulu adalah tidak relevan dalam poltik dewasa ini khususnya PKR parti pertama yang membuka ruang seluas-luasnya amalan demokrasi. Budaya politik baru menuntut kepada penawaran keupayaan di dalam memberi khidmat terbaik kepada mengangkat upaya dan maruah parti khususnya AMK. Politik pembunuhan karakter(character assassinate), politik sokongan, tiada prinsip, rasuah, fitnah bukanlah ciri-ciri atau idea-idea di dalam merealisasikan citra budaya politik baru. Itu budaya politik lapuk yang tidak terpakai bagi sesiapa yang jujur memahami idealisme dan agenda reformasi parti. Ahli parti mampu menilai, mengenang dengan menelusuri sejarah, bangunnya jasad dan roh parti tahun 1998 asasnya adalah kepada penolakkan falsafah dan budaya politik jelek seumpamanya yang dialunkan oleh regim UMNO-BN pada ketika itu. Sebab kita benci maka kita menolak gaya politik tersebut dan PKR berdiri mampu hingga kini. Amatlah malang bagi parti kiranya masih ada kalangan ahli yang masih gagal dan enggan memahami "asas" terpenting ini.

Berbalik kepada pemilihan, asas utama adalah kemampuan bakal ketua itu untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi falsafah politik baru ini. Kita tidak mahu lagi beretorik mahukan kepada reformasi khususnya pembawaan nilai, sikap dan budaya politik baru namun hakikatnya gagal untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi kerangka falsafah politik yang diperjuangkan tersebut. Sesungguhnya nilai, sikap serta budaya yang ingin dibawa hakikinya wajib tidak menyinggung hidup insan bertuhan. Usah jadi seperti kelompok hippies di barat satu ketika dulu yang menyarankan untuk menolak yang lama kerana alasan usang, tidak relevan serta penuh hipokrasi(cth: institusi perkahwinan) tapi tanpa memberi ganti alternatif nilai moral sebagaimana yang sepatutnya. Akhirnya kelompok hippies ini mencari moral baru tanpa panduan yang akhirnya terjebak kepada budaya bersekedudukan!

Kepada ahli parti khusus AMK, ingatlah keperluan untuk kita jadikan 2 perkara bersejarah ini, yakni DEBAT dan kaedah 1 Vote 1 Member ini sebagai medan untuk kita menilai keupayaan (SQ+IQ+EQ) dan keikhlasan bakal pemimpin di samping menyaring buang saki-baki ahli-ahli/pemimpin parti yang masih bernafsu berkiblatkan budaya politik jelek lagi busuk umno-bn. PKR adalah parti penentu jambatan keutuhan PAKATAN RAKYAT yang tidak boleh dinafikan, dan menjadi harapan serta pemerhatian lawan serta umum. Jadilah ahli parti yang bijak, maruah tinggi dan berprinsip, insyaalah parti ini akan terus dihormati kalangan rakan dan lawan.

Ayuh kita dakapi nilai luhur, Mari kita raikan Demokrasi!

Tolak Demokrasi Terpimpin!


Saturday, September 11, 2010

Pertandingan Timbalan Presiden Keadilan melucukan

Perebutan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat nampaknya sekarang telah memasuki fasa melucukan.

Kem Azmin membuat tindakan-tindakan yang sebenarnya tolol apabila mengumumkan sokongan terhadap Azmin daripada Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Amat memalukan apabila sebahagian daripada nama yang disenaraikan sebagai kononnya menyokong, tidak hadir dan kemudian membuat penafian.

Saya kira tidak sewajarnya Ahli Parlimen dan ADUN Keadilan membuat pembohongan. Parti perlu bertindak tegas terhadap AP Teluk Kemang — Kamarul dan ADUN Kota Anggerik — Yaakob kerana membuat pembohongan dan memperalatkan nama wakil rakyat lain untuk kepentingan politik pihak tertentu. Jika siasatan mendapati bahawa wakil rakyat yang menafikan itu sebenarnya membuat penipuan, tindakan perlu diambil terhadap mereka.

Kenyataan kedua-dua pihak ini ternyata berlawanan. Justeru pasti salah satu pihak membuat pembohongan. Kegagalan parti untuk bertindak mengisyaratkan bahawa penipuan adalah “tidak apa” di dalam Parti Keadilan.

Jika dalam perkara terbuka sebegini mereka membuat pembohongan dan parti berdiam diri; apa kualiti yang boleh kita harapkan daripada wakil rakyat Keadilan?

Zaid Ibrahim pula sekejap membuat kenyataan tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Tiba-tiba membuat kenyataan mahu bertanding “jawatan itu” dengan syarat Khalid Ibrahim tidak bertanding “jawatan itu”. Apakah ini? Jawatan yang diberahikan pun Zaid tidak berani sebut. Apakah kerana dia “pun Melayu” maka sangat segan silu?

Dahulu Zaid mengkritik keras kod etika pemilihan. Beliau paling tidak berpuas hati calon tidak dibenarkan menganjurkan rumah terbuka untuk berkempen. Nampaknya ancaman Zaid untuk mengadakan rumah terbuka besar-besaran mungkin terbantut kini.

Tiba-tiba Zaid membandingkan diri dengan Tun Ghafar Baba. Bahawa riwayat politik beliau akan ditamatkan seperti Tun Ghafar. Siapa yang mahu disindir Zaid? Apakah Anwar Ibrahim yang disindir? Kerana Tun Ghafar kecundang di peringkat pencalonan kepada Anwar.

Kini muncul pula cadangan agar Anwar dicalonkan menjadi Presiden dan Datuk Seri Wan Azizah Ismail dicalonkan Timbalan Presiden. Jika tidak Syed Husin diminta kekal sebagai Timbalan Presiden. Saya mempunyai hormat yang tinggi kepada Pak Kudus yang membuat kenyataan tersebut.

Tetapi sampai bila taktik ini hendak dilaksanakan? Sampai bila Syed Husin perlu terus hidup dan bertenaga untuk menangguhkan pemilihan ini padahal sejak sebelum pemilihan 2007 lagi sudah ada ura-ura beliau akan melepaskan jawatan.

Kenapa tidak Wan Azizah mengekalkan jawatan dan Anwar saja menjadi Timbalan? Calonkan Nurul Izzah dan adik beradiknya menjadi Naib Presiden semuanya. Ketua Angkatan Muda dan Wanita juga seharusnya disandang oleh Anwar anak-beranak. Enam beradik sesuai untuk 4 Naib Presiden, seorang Ketua AMK dan seorang Ketua Wanita yang dipilih.

Parti ini perlu mempunyai keyakinan dan keberanian untuk melalui proses pematangan. Saya yakin Pak Kudus yang begitu banyak pengalaman cukup faham perkara ini. Beliau tinggal pun dekat Matang. Tidak mengapa sekiranya kita melalui pertandingan. Meski saya tidak gemar Azmin menjadi Timbalan Presiden dan saya tidak akan tahan ketawa jika Zaid yang lucu menjadi orang nombor dua parti, pertandingan adalah perlu.

Benar akan ada yang tidak puas hati. Ada juga yang akan menangguk di air keruh. Ada yang akan keluar parti. Tetapi kita sudah lalui semua itu.

Pemilihan 2001 (Kemaman) lebih perit dan ganas. Tetapi Mohd Nur Manuty yang kalah Timbalan Presiden masih dengan parti. Mustafa Kamil yang ditumbangkan oleh Saifudin Nasution untuk Timbalan Ketua AMK kedua-duanya masih dengan parti. Malah kini Saifudin menjadi Setiausaha Agung, jawatan yang pernah disandang Mustafa selepas 2001.

Pemilihan 2004 (Ipoh) juga tidak kurang meriahnya. Campur tangan melampau termasuk oleh Anwar Ibrahim memaksa pertandingan Timbalan Ketua AMK dielakkan. Tetapi akhirnya Ezam yang beriya-iya tidak mahu pertandingan tersebut tidak lagi dengan parti.

Hakikatnya setelah tiga kali pemilihan (2007 — Seremban), parti ini masih tidak mati. Jika parti kita ini mati hanya kerana perebutan dua manusia dan ratusan ribu ahli yang lain tidak mampu menyelamatkan parti; maka selayaknya lah parti ini mati. Tidak ada gunanya kita cuba mempertahankan parti yang tidak punya jiwa dan ruh begitu.

Biarkan berlaku pertandingan, tetapi adab dan disiplin mesti dipelihara. Penipuan seperti oleh Kamarul dan Yaakob atau oleh beberapa wakil rakyat terlibat mesti diambil tindakan tegas. Yaakob, jika terbukti dengan sengaja membuat penipuan, sekurang-kurangnya perlu diminta mengosongkan jawatan EXCO Kerajaan Negeri Selangor kerana ternyata tidak tulus dan tentunya tidak boleh diyakini memikul tanggungjawab besar itu.

Tetapi parti yang demokratik mesti mempertahankan demokrasi dan bukan “demokrasi terpimpin”. Jika tidak parti ini akan menjadi lucu dan kita para anggota sudah tentu tidak lebih daripada sekadar menjadi penonton sarkis di mana badut-badutnya ialah para pemimpin parti.

p/s: Oh Zaid! Grow up!

Sumber: Gelanggang Minda, Medan Bicara

Thursday, September 9, 2010

Benda Baik Apa Salahnya..



KENYATAAN MEDIA
8 SEPTEMBER 2010

Ramadan yang diberkati baru sahaja meninggalkan kita. Sebulan berlalu terasa begitu pantas.

Sebaik sahaja bermula 10 terakhir Ramadan, junjungan kita Nabi Muhammad SAW dan para sahabat, tabi’in dan salihin mulai merasa hiba, sedih dan pilu. Bulan yang kita lalu penuh nikmat ini akan pergi. Bulan yang sarat dengan keredhaan, rahmat dan pengampunanNya ini akan berlalu. Tidak ada jaminan kita akan menemuinya lagi pada tahun mendatang.

Ramadan ini hakikatnya bulan luar biasa. Dibulan yang rahmat ini, begitu mudah kita menahan lapar dan dahaga selama sebulan. Juga, kita begitu selesa melaksanakan solat tarawih dan amal ibadat di malam hari yang lain. Malah, dibulan mulia ini juga kita berupaya mengawal segala anggota lahir dan batin kita supaya bersungguh-sungguh melakukan apa yang diredhai Allah. Terbukti, bahawa kita mampu mengawal tuntutan nafsu dan syahwat kita jika kita mahu. Namun, bukanlah mudah untuk kita mengulangi amalan seperti ini di bulan-bulan yang lain. Inilah kemulian dan istimewanya Ramadhan.

Kini, 1 Syawal kembali menjelma. Sesungguhnya ‘Eidul Fitri mempunyai erti yang cukup ma’nawi bagi setiap perorangan Muslim. Ia adalah tanda kemenangan (falah). Kemenangan yang hakiki di sisi Allah SWT hanyalah bagi mereka yang telah berjaya melaluinya melaluinya dengan penuh keimanan, ketaqwaan dan ketekunan. Maka itu, berasa bahagialah bagi mereka yang memenanginya. Dan merugilah bagi mereka yang telah ditewaskan.

Sambutan ‘Eidul Fitri ini akan menjadi cukup berarti andainya kita berupaya mengekalkan kualiti diri seperti mana yang diamalkan di Ramadan yang lalu. Kita perlu bertekad secara serius untuk mengangkat martabat diri sebagai khaira ummah. Ia hanya akan dicapai dengan memiliki shakhsiyyah zahiriyyah dan ma’nawiyyah iaitu penghayatan nilai kerohanian yang tinggi, memiliki akhlak mulia serta kekuatan ilmu yang mencerahkan akal dan mata hati batin (basirat ul-qalb).

Justeru, selain kegembiraan dengan kehadiran syawal, ‘Eidul Fitri juga bererti ruang untuk kita mengekalkan amalan mengawal nafsu ammarah diri yang rakus dan menundukkannya kea rah ketaqwaan kepada Allah. Malah, kita wajib berikhtiar membanteras segala bentuk kemunkaran – kezaliman, salah guna kuasa, kebiadaban, pembohongan, penghinaan, pemfitnahan dan lain-lain amalan keji (mazmumah) yang terkutuk disisi Tuhan yang Maha Esa. Jangan hendaknya kesucian ‘Eidul Fitri ini dinodai dengan dosa-dosa baru setelah kita dijanjikan oleh Allah SWT kembali kepada fitrah suci diangkat darjat kepada kelompok insane yang bertaqwa disepanjang Ramadan yang lalu.

Selanjutnya, ‘Eiidul Fitri ini adalah saat yang terbaik untuk meningkatkan kualiti silaturrahim sesama keluarga, jiran dan sahabat handai serta memberikan keprihatinan kepada golongan lemah dan kurang bernasib baik tanpa mengira agama dan kaum, sesuai dengan sifat Islam itu sebagai agama rahmat ke seluruh alam.

Dengan warkah ini, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA) KeAdilan mengucapkan Selamat Menyambut ‘Eidul Fitri kepada seluruh kaum Muslimin. Semoga sambutan kali ini mendapat barakah dari Allah SWT. Maaf Zahir dan Batin.

Dr. Muhammad Nur Manuty
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BIPPA)