Debat Bakal Calon AMK Pusat semakin hampir, gelojak rasa teruja baik di kalangan penyokong, pemerhati politik, parti lawan atau kawan mahu pun bakal calon itu sendiri makin dirasai. Program yang bakal menoktahkan peristiwa penting di dalam lipatan kamus sejarah politik tanah air ini telah menjadi fenomena bukan saja media alternatif mahupun arus perdana, malahan orang-ramai khususnya pendokong parti masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung menjadi sebahagian, "history in the making".
Hari ini harapan ramai khususnya kalangan ahli parti telah termakbul untuk melihat posisi ketua AMK bakal diisi oleh muka baru bila mana mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar secara rasminya mengumumkan sidang media untuk tidak mempertahankan lalu nekad mendaki ke posisi lebih tinggi.
Umum sudah menjangkakan mantan ketua AMK saudara Shamsul Iskandar bakal menarik diri dari mempertahankan posisi beliau ta'kala potensi untuk mengamit kedudukan posisi naib presiden parti menampakkan sinar yang lebih gemilang. Ahli parti khususnya Angkatan Muda Keadilan(AMK) mengalu-alukan keputusan beliau ini dan mengucapkan ribuan terima kasih setelah 2 penggal menabur bakti memperkasakan AMK. Jasa mu tetap dikenang.
Kini persoalan siapakah calon yang paling afdal untuk mengisi kekosongan tersebut dan seterusnya memimpin AMK bagi cabaran pasca PRU 12 dan mendepani PRU 13, bakal menampakkan wajah ta'kala riak-riak bayang di permukaan air makin terpampang jelas. Satu tarik diri, tiga lagi terus berlari mendaki.. antara Hasmi, Rafizi dan Chegubard siapa bakal penganti? Pemerhatian ramai pertembungan Rafizi-Chegubard bakal menjadi perhatian.
Menjelang debat bersejarah tersebut, hari ini Chegubard di Bangi mengisytiharkan iltizam perjuangan beliau untuk memimpin AMK Malaysia dengan pembawaan tema, "Iltizam Anak Muda malaysia..Penerus Momentum Reformasi" dengan menekankan kepada kewajiban AMK menjadi penerus kepada agenda reformasi sebagai anutan wahid AMK ke arah merealisasikan Deklarasi Permatang Pauh. Lewat lalu Rafizi lebih awal menyatakan kesudian untuk jawatan tersebut dengan pembawaan, "Generasi Reformasi" manakala Hasmi lafaz iltizamnya setakat ini bersifat abstrak dengan alasan untuk mengolah dan membaca arus penerimaan walaupun secara dasarnya "bersetuju" dengan jawatan "itu". Namun ketiga-tiganya akan hadir ke Taiping Sabtu ini, menyahut cabaran berdebat bertarung memunggah idea di dalam memetakan hala tuju dan pemikiran, Misi dan Visi AMK.
Meninjau pertembungan klasik Rafizi-Chegubard sesungguhnya cukup menarik dan mengujakan. Berlatarkan pengalaman rencam politik serta gaya agak berbeda, hakikatnya Rafizi bukan orang baru dan Chegubard bukan orang lama. Kedua-duanya adalah aset kepada parti khususnya AMK. Istilah ayam dulu atau telur dulu adalah tidak relevan dalam poltik dewasa ini khususnya PKR parti pertama yang membuka ruang seluas-luasnya amalan demokrasi. Budaya politik baru menuntut kepada penawaran keupayaan di dalam memberi khidmat terbaik kepada mengangkat upaya dan maruah parti khususnya AMK. Politik pembunuhan karakter(character assassinate), politik sokongan, tiada prinsip, rasuah, fitnah bukanlah ciri-ciri atau idea-idea di dalam merealisasikan citra budaya politik baru. Itu budaya politik lapuk yang tidak terpakai bagi sesiapa yang jujur memahami idealisme dan agenda reformasi parti. Ahli parti mampu menilai, mengenang dengan menelusuri sejarah, bangunnya jasad dan roh parti tahun 1998 asasnya adalah kepada penolakkan falsafah dan budaya politik jelek seumpamanya yang dialunkan oleh regim UMNO-BN pada ketika itu. Sebab kita benci maka kita menolak gaya politik tersebut dan PKR berdiri mampu hingga kini. Amatlah malang bagi parti kiranya masih ada kalangan ahli yang masih gagal dan enggan memahami "asas" terpenting ini.
Berbalik kepada pemilihan, asas utama adalah kemampuan bakal ketua itu untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi falsafah politik baru ini. Kita tidak mahu lagi beretorik mahukan kepada reformasi khususnya pembawaan nilai, sikap dan budaya politik baru namun hakikatnya gagal untuk menawarkan idea-idea untuk mengisi kerangka falsafah politik yang diperjuangkan tersebut. Sesungguhnya nilai, sikap serta budaya yang ingin dibawa hakikinya wajib tidak menyinggung hidup insan bertuhan. Usah jadi seperti kelompok hippies di barat satu ketika dulu yang menyarankan untuk menolak yang lama kerana alasan usang, tidak relevan serta penuh hipokrasi(cth: institusi perkahwinan) tapi tanpa memberi ganti alternatif nilai moral sebagaimana yang sepatutnya. Akhirnya kelompok hippies ini mencari moral baru tanpa panduan yang akhirnya terjebak kepada budaya bersekedudukan!
Kepada ahli parti khusus AMK, ingatlah keperluan untuk kita jadikan 2 perkara bersejarah ini, yakni DEBAT dan kaedah 1 Vote 1 Member ini sebagai medan untuk kita menilai keupayaan (SQ+IQ+EQ) dan keikhlasan bakal pemimpin di samping menyaring buang saki-baki ahli-ahli/pemimpin parti yang masih bernafsu berkiblatkan budaya politik jelek lagi busuk umno-bn. PKR adalah parti penentu jambatan keutuhan PAKATAN RAKYAT yang tidak boleh dinafikan, dan menjadi harapan serta pemerhatian lawan serta umum. Jadilah ahli parti yang bijak, maruah tinggi dan berprinsip, insyaalah parti ini akan terus dihormati kalangan rakan dan lawan.
Ayuh kita dakapi nilai luhur, Mari kita raikan Demokrasi!
Tolak Demokrasi Terpimpin!

No comments:
Post a Comment