Sunday, February 21, 2010

APA KHABAR PAK LEH? Siri 1..

Hantar Surat lagi…PERKASA Oh PERKASA!

Isnin 22 Febuari 2010, awal pagi lagi Pak Leh bersiap. Sekitar kawasan bekas tapak lombong yang diusahakan beliau nampak tenang..kabus pagi menyeliputi mengigit kaki bukit banjaran hijau..cukup mendamaikan. Selesai solat subuh di khemahnya yang “ala kampung Berembang”, Pak Leh terus menerpa kumpulan kawanan kambing dan lembu miliknya yang tidur berbumbungkan langit sejak kejadian perlanggaran oleh pejabat Tanah Daerah tempoh hari. Sedih melihat keadaan ternakannya , Pak Leh berbisik pada ternakannya,”Bersabarlah…insyaallah kita ni golongan teraniaya, aku minta hangpa semua tolong duk doa juga agar akhirnya hak kita dikembalikan. Hari ini aku nak pergi hantar surat lagi pada PM dan MB Perak dan minta tolong sebuah pertubuhan yang aku fikir akan mampu selesaikan masalah kita ini”ujar Pak Leh teruja. Bergerak-gerak tubuh kawanan ternakan tersebut seolah-olah memahami kata maksud tuannya. Begitulah Pak Leh bagi sesiapa yang mengenali beliau..tawadduk memanjang.

Pak Leh hanya orang kampung biasa,” simple”, giat menekuni jamaah tabligh dalam kehidupan harian, berhajat besar untuk merujuk masalah yang dihadapi beliau kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa(PERKASA) cawangan Taiping dengan harapan masalah beliau ini mendapat perhatian terutama dari Pengerusinya Dato Ibrahim Ali.

Sebelum ini, walaupun Pak Leh tidak berminat dengan politik kepartian namun hal ehwal semasa diselak juga dari beberapa akhbar arus perdana. Pak Leh cukup teruja untuk bertemu orang kuat PERKASA ini terutama bila didengarinya bagaimana PERKASA berdemontrasi mengegarkan Pulau Pinang dengan laungan “hidup melayu!” menuntut pembelaan untuk beberapa gerai Melayu yang dirobohkan oleh Kerajaan Pulau Pinang. Seantero Malaya terkedu dengan kezaliman maha firaun Kerajaan Pulau Pinang tersebut. Media cetak dan elektronik hampir seminggu memutarkan berita. Bagi Pak Leh PERKASA memang ada kelas tersendiri!Ada umphh!

Selepas selesai urusan di pejabat POS Taiping, Pak Leh bergegas menuju ke pejabat PERKASA cawangan Taiping yang dikhabarkan terletak bersebelahan Restoran Sri Tupai, Jalan Tupai Pokok Assam. Menurut Pak Leh lokasi pejabat PERKASA ini dimaklumkan oleh salah seorang sahabat beliau. Memusing hampir 15 minit namun pejabatnya tidak kelihatan..Pak Leh beredar hampa...


(NOTA: Matlamat penubuhan PERKASA antaranya untuk memperjuangkan terutama berkaitan agenda survival melayu di Malaysia. Non-partisan serta terbuka kepada semua masyarakat melayu tanpa mengira fahaman politik.)

No comments:

Post a Comment