Kerjaya Politik akan "tidak ke mana" jika berhasrat melawan "orang itu"
Ini khurafat nombor wahid perlu ditentang habis-habisan oleh ahli akar umbi! Pemikiran ini jika tidak dibendung akan melahirkan budaya takut dan "kipas" di kalangan pimpinan, sedangkan kalau kita memahami erti demokrasi itu sendiri dan juga aspirasi PKR di dalam memperjuangkan demokrasi, jelaslah ianya amat bercanggah. Tidak disangka pemikiran sebegini masih terdapat kalangan pimpinan dalam wadah perjuangan rakyat ini. Cerminan kealpaan pimpinan bahawa survival bukan atas naungan atau ehsan individu kepada individu pemimpin tertentu tetapi yang absahnya adalah ahli akar umbi yang menentukan jatuh-bangun kamu.
Hormati ahli akar umbi dengan tonjolkan wibawa dan keikhlasan kamu!
Orang Lama atau Orang Baru serta Soal Kesetiaan
Isu ini jelas tidak relevan dan lemah tambahan pula jika ianya berkait dengan Parti yang terkedepan di dalam mengusulkan politik baru budaya baru dan juga kaedah 1 ahli 1 undi yang aspirasinya meraikan semua yang ingin menyumbang. Jadi dari segi bahasanya isu ini adalah tertolak dan tidak terpakai.
Menelusuri sirah para sahabat Rasulullah SAW, kisah Saidina Umar ibni al-Khattab, jika Saidina Abu Bakar As Siddiq memikirkan bahawa Saidina Umar ini "baru" maka tidak diangkatnya beliau untuk menjadi penasihatnya malahan dilantik menjadi Khalifah Islam berikutnya selepas beliau. Siapa tidak tahu berkenaan sikap Saidina Umar sebelum Islam. Ganas, zalim, tanam anak hidup-hidup dan peminum arak tegar..bukan minum tetapi siap mandi lagi!
Kenyataan "orang lama orang baru" adalah bodoh sifatnya dan tidak membawa untung kepada keutuhan parti, yang pasti ianya hanya akan menerbitkan tunas-tunas fraksi lama dan baru yang bakal memporak-perandakan kesatuan parti jika ianya dibenarkan berterusan. Terus ianya menjurus kepada "kasta" status keahlian. Kasta di India pun rata-rata rakyatnya campakkan ke longkang, kita pula ingin mengutipnya. Ini jelas berlawanan dengan aspirasi Parti yang meraikan kepelbagaian, dinamika serta organisasi progresif sifatnya.
Kesetiaan, kita diajar berkiblatkan kepada prinsip dan idealisme perjuangan parti bukan sosok tubuh. Selagi mana sosok tubuh istiqamah kepada prinsip dan idealisme perjuangan maka jaminan untuk terus mengangkatnya dikotakan. Tiada apa yang perlu dirisaukan.
Belum Teruji
Apakah kriteria "ujian" yang perlu dilalui sebelum seseorang calon itu diiktiraf "telah teruji"? Semasa luar parti?dalam parti?bersama keluarga?semasa bercuti?dipukul?ditembak?diherdik?
Yang nak iktiraf itu siapa??atokengkau?nenekengkau?mak engkau?bapak engkau?kakak atau adik engkau? atau engkau? Ishh..dah kira macam budak-budak. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada otak jangan taruh lutut! Ahli akar umbi semakin cerdik!
Amatlah malang jika kaedah pendemokrasian 1 ahli 1 undi ini hanya "wayang" untuk menunjuk pada khalayak yang Parti mendahului dalam aspek berkenaan , walhal kenyataannya terdapat segelintir pimpinan atasan yang tidak bersedia untuk benar-benar menerima dan mempraktikkannya. Lebih malang lagi pengaruh pimpinan tersebut telah mengakar lama di setiap instrumen Parti. Usah dipersoalkan, apatah lagi ahli akar umbi.
Satu sahaja yang jelas..ahli akar umbi sudah meluat dengan lagak hipokrit calon pimpinan berikut...pemikiran khurafat ini perlu ditentang, reformasi dalaman wajib dimulakan!
kita sering melihat orang berebut jawatan kepimpinan di malaysia. tapi kita amat jarang melihat orang meletakkan jawatan atas prinsip dan ketidakupayaan mentadbir berdasarkan prestasi.
ReplyDeletekita sepatutnya kurangkan masa kita terhegeh2 menyokong siapa manusia yang ingin diletakkan sebagai pemimpin.siapa pun dia kita terima.jimat masa,wang & tenaga berkempen.Tapi.
kita kene belajar sebagaimana negara jepun, korea (kalau betul) dimana kerapkali kepimpinan meletak jawatan disebabkan prinsip @ kegagalan. kenapa ini berlaku.
rakyat meletakkan standard dan kpi tertentu dalam masa tertentu kepada pemimpin.siapa pun dia silakan memimpin jika menang dan layak. tapi kalau gagal silakan berhenti dengan bermaruah dan cuba lagi dilain waktu.
alahai taib, mahathir, paklah dan najib. bila la nak berbudaya politik.
generasi bundle